Monday, April 14, 2014

-Pahala dengan RUTIN HARIAN-

Harini mummy bercerita panjang mengenai pahala... ye pahala... mummy adalah seorang yang rajin buat amal ibadat. Sejak mummy anak dara lagi, seawal umur 14 tahun mummy sudah mengamalkan ayat2 al-quran untuk dibaca setiap hari.. mummy akan bangun seawal 4pagi, mandi dan mulalah buat solat2 sunat seterusnya mengaji... setiap hari mummy tidak akan tinggal membaca surah al-waqiah, dan juga ayat2 hafazan lain..  oleh kerana amalan itu telah dilakukan setiap hari dari zaman muda, maka mummy dah hafal semuanya di mulut...

Apa yang mummy tekankan harini ialah, WALAUPUN KITA BANGUN PAGI BUTA DAN BACA AYAT AL-QURAN SETIAP HARI, PAHALA YANG ALLAH BAGI JAUH LEBIH BANYAK SEKIRANYA KITA JAGA ANAK, MEMASAK UTK SUAMI, MENYEDIAKAN PAKAIAN DAN RUMAH YG BERSIH DAN SELESA UNTUK SEISI KELUARGA🌼🌼🌼

Hatta kalau kita senyum dekat suami pon dah dapat pahala, apatah lagi membuat kerja2 harian dengan niat ikhlas kerana Allah ta'ala... mummy cakap, perempuan akhir zaman ni lebih banyak masuk NERAKA daripada SYURGA! Aduuuuhhh... panas sekejap telinga... tapi memang tak boleh nak argue, Noha sendiri pon kadang2 tak sempat jemur kain cik abang dah tolong jemurkan. 

Mummy kata sebenarnya surirumah sepenuh masa sepatutnya sebelah kaki dah berada dalam syurga! Kalau cara mummy, Bangun awal pagi masak dulu utk keluarga, lepas tu baca lah nak baca apa2 pun... sebelum tidur kemas dulu rumah, basuh dulu kain semua, esoknya bila dah cerah tanah boleh terus jemur... barulah masa untuk layan suami dan anak2 lebih, kalau kita tak berkorban siapa lagi nak berkorban untuk keluarga kita?????


Haaaa....UMEE NORHAYATI silalah anda buat jadual harian yg baru ye... KEJAR PAHALA dengan buat rutin harian dunia TAPI DAPAT AKHIRAT SEKALI hanya betulkan NIAT KERANA ALLAH TA'ALA😨😆

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...