Saturday, September 13, 2014

ANDAI DAKU TINGGAL SENDIRIAN

Teringat detik-detik cemas waktu husben food poisoning 4hari lepas..

Habis kelas Prudential dekat pukul 5petang haritu...dah lah kelas dari pagi, memang husbenlah yang tolong jaga anak-anak dekat Mabiq.

Sampai-sampai Mabiq je husben mengadu sakit perut. Lepas 3kali pegi toilet husben ajak balik rumah.

Sepanjang perjalanan balik rumah, husben mengadu perut memulas-mulas. Badan pun macam dah lemah.

Sampai rumah je ke tandas lagi. Selang 5 min masuk tandas.Pegi tandas lebih 10kali... muka pucat sangat...nak pengsan dah... cepat2 bawa pegi spital...

Syaqeer pula demam...mummy pegi kl.. terpaksa angkut anak2 pegi hospital sekali...

Malam tu bancuh susu syaqeer letak mealshake dan vit C sebiji. Sambil tu doa supaya syaqeer sembuh demam...

Waktu tu baru tau macamana perasaan single mom.. ya Allah tabahnya lah mereka.. melayan anak2 tanpa suami disisi..

Mulalah dalam kepala ni fikir macam2.. macamana kalau suami xde, macamana kalau ni lah kali terakhir jumpa... 1jam husben dalam bilik doktor umpama 10jam menunggu.. macam2 bermain di fikiran...

Waktu tu berdoa je moga Allah mudahkan segalanya... jangan la ambil lagi suami kesayanganku...sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah😢

Malam tu kami 3 beranak tidur di dalam kereta... bila husben dah check in bilik baru noha bawak anak2 tidur di Mabiq pantai sepat.

Esok pagi2 bangun Alhamdulillah demam syaqeer dah kebah.. syukur ya Allah.. terus kejut anak2 pergi hospital tengok papa mereka.


Sedih tengok keadaan husben... tangan kena masuk air, muka pula masih pucat. 

Terus noha bancuhkan air performance drink bagi husben minum... dalam hati tak putus2 berdoa supaya husben cepat sihat.



Bila dah sakit ni, makan makan apa pon tak lalu... bukan setakat tak lalu, masuk makanan sikit je husben terus mengadu sakit perut.

Nasib baik duduk hospital swasta, boleh angkut semua anak2 teman husben. Kalau boleh setiap waktu nak berada disisi suami. Taknak 1 saat pon berjauhan. 

Nilah orang cakap, bila berlaku dekat orang lain kita tak rasa. Bila dah kena dekat diri sendiri barulah kita tau susahnya keadaan mereka...

Bila doc datang check doktor bagitau keadaan suami tak serius. Kena minum air masak banyak2 dan bagus sangat kalau minum air performance drink tu sebab dia macam air garam. Tambahan bagi tenaga pula.

Alhamdulillah syukurrrrr sangat. Lega rasa hati bila dengar penjelasan doktor.

Syaqeer siap ambil botol air dia terus bagi dekat papa! Hahahaa. Dia kata "pa minum air ye.. banyak2!"

Sejak keluar hospital Alhamdulillah husben makin rajin makan suppliment. Walaupun dia minta vit C dam oste je, alhamdulillah dah cukup berharga bagi noha.

Terus terang noha katakan, walaupun diri ini luaran nampak gagah, boleh angkat air mineral berkotak2, namun daku tidak sanggup hidup sendirian tanpa suami.. daku tidak sekuat itu lagi buat masa ini..

Semuga Allah panjangkan umur suamiku dan sihatkan tubuh badannya sampai tua. Daku benar2 menyayangi suamiku♡😢


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...