Friday, November 21, 2014

>> KELAS SUPPORT EMPAYAR SHAKLEE <<

Assalamualaikum♡
Hari ini noha busy sangat sebab buat persediaan untuk KELAS SUPPORT EMPAYAR SHAKLEE di MABIQ, KUANTAN.
Hehehehee...noha saja je pilih Mabiq sebagai tempat untuk kelas sebabnya boleh makan ikan patin sambil kelas! Noha dan makan-makan berpisah tiada♡♡♡ kikikiii..ape punya motto daa... tapi memang sangat praktikal sebab bilik VIP dekat Restoren Mabiq memang sangat selesa dan sesuai buat seminar♡
InshaAllah petang ni pukul 2 akan bermula kelas Produk Shaklee. Kelas ini akan bagi penerangan terperinci tentang produk-produk Shaklee yang ada sekarang. Speaker khas dijemput dari Wangsamaju Kuala Lumpur iaitu pemilik Blog Pakar Kulit dan Kecantikan, Puan Mariani♡
Kalau dah pakar kecantikan tu haruslah penerangan produk pada petang ni lebih kepada kecantikan luar dalaman gittew♡♡♡ i loike♡♡♡ Kelas produk ni bukan penerangan mengenai vitamin semata-mata, juga penerangan tentang set muka shaklee yang setaraf dengan SKII tapi harganya lebih jimat dan berbaloi-baloi!
InshaaAllah kelas produk ni TERBUKA kepada SEMUA ORANG KUANYAN tak kira ahli shaklee atau bukan ahli.

Selepas habis kelas produk ni kami akan solat berjemaah kemuadian akan ke Mega Mall untuk sesi kedua iaitu perlawanan boling. Ya Allah, dah tiga tahun tak sentuh bola boling. Harapnya tak semua bola masuk longkang. Kikikikiii...

Okey, hari ahad pula seawal jam 8 pagi inshaaAllah saya akan mulakan slot seterusnya iaitu Kelas LUA. Law of Universal Attraction adalah sangat penting bagi setiap kita yang berniaga ni♡ 

Habis saja slot noha, pakar BLOG daripada Kajang , Cik 'Atiqah Shahrom akan memulakan kelas Blog dan Marketing sehinggalah pukul 5 petang. Kelas blog kali ini berkonsepkan buat blog sampai PRO! Selagi tak PRO tak boleh balik rumah ye:)

Yuran yang dikenakan hanya rm15. Mahal ke? Takdelah... lunch di Mabiq rm10. Lagi rm5 kita buat beli air mineral, kueh mueh dan juga giftaway untuk semua yang hadir♡

Okey..dah lewat ni. Noha nak ke Mabiq untuk final check apa yang kurang. 

See you♡



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...