Saturday, November 18, 2017

Huwaida♡


Ini adalah huwaida waktu umurnya sehari.

Apa yang special tentang huwaida?

Waktu dalam perut noha tak tau jantinanya. Semua org kata baby boy sbb perut bulat dan cantik je. Badan pon x mengembang

Bila keluar waktu nurse tanya baby boy ke girl noha jawab "boy" !

Hahahah. Konfiden dapat baby boyπŸ˜‚

Disebabkan itulah noha namakannya huwaida... yang bermaksud lemah lembut.

Alahmdulillah skrg huwaida dah berumur 2 tahun.

Satu2nya baby yang noha ambil protection Prudential BSN Takaful sejak dalam perut lagi❤

Disebabkan itu waktu umur 8 bulan dah boleh guna medical card huwaida untuk operate bisul di dadanya.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah yang maha memberi rezeki.

Semuga Huwaida sentiasa diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yg solehah, hamba Allah yang bertaqwa serta berjaya dunia akhirat. Ameeeen.


Friday, January 23, 2015

Cikgu Razali Bidin




Noha: abang!!! Cikgu sayang!!!!! Cikgu!!!!

Hampa...teriakan di dalam kereta. Hanya memekakkan telinga suami dan anak2.

Suami: takpe, kita tunggu je dekat sini sampai cikgu keluar semula..

Hampir sejam lepas tu.....

Suami: sayang! Cikgu sayang!!! Cikgu!!!!

Terus suami bergegas keluar mengangkat tangan kepada cikgu kesayanganku dan cikgu membalasnya dengan senyuman mesra.

Bila daku keluar dari kereta barulah cikgu bersuara..

Cikgu razali: Umee!!! Maaf tadi cikgu tak kenal suami tu yang senyun je. Kalau umee memang saya kenal lah anak murid saya.

Subhaanallah...tiada ungkapan yang lebih indah. Cikgu masih mengenaliku♡♡♡♡♡♡

Rasa macam berada di awangan. Tak percaya berjumpa dengan cikgu yang sangat banyak berjasa.

Dua tiga kali kuungkapkan "gembiranya saya jumpa cikgu"...

Bergenang air mata saat cikgu memeluk erat suamiku sebelum pulang.

Terima Kasih cikgu... terima kasih ♡

Saturday, January 17, 2015

Reward Anak



Assalamualaikum♡

Siapa yang suka pegi pantai???

Keluarga noha semua suka ke pantai♡

Lagi-lagi pekena air kelapa tepi pantai...ooouuuhhh nikmatnya♡

Selama seminggu inilah aktiviti kami setiap kali ambil syaqeer dari sekolah♡

Reward kepada syaqeer sebab berani dan semangat pergi sekolah♡

Semalam papa tak sempat bawa minum air kelapa sebab berkejar solat Jumaat, jadi kami gantikan dengan harini..



Minggu depan nak ubah jadual lain pula...

Apa yang anda suka buat dengan anak anda???
Boleh bagi idea dekat noha♡♡♡
Love,
Noha
(Always want to be better mom)

Monday, January 12, 2015

PENGALAMAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH



Assalamualaikum...♡♡♡

Harini ni noha nak berceloteh tentang pengalaman noha menghantar syaqeer ke sekolah.

Hari pertama hantar memang indah. Takde bunyi langsung kata-kata negatif dari syaqeer. Syaqeer pon excited nak pergi sekolah sebab noha dah brainwash dia tentang kebaikan pegi sekolah, dan macam-macam perkara-perjara yang baik bila bersekolah.

Masuk hari kedua....allahurobbi... hehehe
Sebelum naik kereta syaqeer dah minta untuk tukar sekolah lain. Jadi noha pon bawalah syaqeer pergi ke Pasti yang berdekatan dengan rumah.

Sampai di Pasti, bila nak masuk jumpa cikgu je terus syaqeer bagitau "Mama, syaqeer nak berak la". Ah sudah!!!

Terus noha pujuk untuk tumpang berak tandas Pasti baru...

"No! Syaqeer tak suka. Syaqeer nak berak dekat rumah jugak..."

Hahahhaaaa....demand sungguh jejaka idaman malaya ni😁

Noha pon layankan aja bawa balik semula rumah.

Selepas dia melepaskan hajat, terus dia bagitau..
"Mama, syaqeer nak sekolah semalam lah. Sekolah padang. Cikgu dia cantik"

Sekali lagi mama gelak besarπŸ˜‚πŸ˜„πŸ˜„
Selesai hantar nenek pergi meeting, terus mama menuju ke sekolah syaqeer ditemani humaira.

Sampai disekolah, syaqeer pon salam dan mama pon sajelah nak tunggu di luar ekoran tinggal 2 jam je lagi sebelum kelas tamat.
Tiba-tiba....

"Waaaaaa!!! Saya nak mama saya!!! Syaqeer nak mama!!! Mama ambillah syaqeer!!!"
Allah...terus noha meluru ke dalam kelas. Tak sampai hati tengok 3 orang cikgu terpaksa abaikan student lain untuk menenangkan syaqeer yg berguling-guling di hadapan pin kelas.

Akhirnya cikgu mengalah dan memanggil noha ke dalam.

Dan bermulalah pengalaman baru noha sebagai cikgu tambahan di dalam kelas syaqeer!
Tak pasal-pasal humaira pon masuk kelas sama dan dapat makan percuma bersama pelajar-pelajar lain!πŸ˜‚πŸ˜…

Moral of the story?

Tak perlu gatal-gatal nak tunggu luar kelas anak ye... lepas hantar sekolah terus balik😜

Sunday, November 23, 2014

KELAS Law of Universal Attration DAN BLOG


Alhamdulillah... 
Selesai sudah kelas untuk hari kedua. Kelas pada hari ini juga bertempat di Mabiq Peramu. Cumanya kami hanya bertukar bilik disebabkan Bilik VIP semalam sangat penuh dengan tempahan makanan tengahari. Maklumlah hari Ahad memang Mabiq akan penuh dengan pelanggan.





Kelas bermula agak lambat hari ini disebabkan Noha dan 'Atiqah menghantar 3botol Lecithin customer di pasar tani depan UTC Kuantan pada pukul 7.30 pagi. 

Usai hantar barang terus Noha ambil peluang bawa Tiqah pusing-pusing tengok pelbagai jualan di Pasar Tani. Tiqah sangat rambang mata tengok pelbagai juadah yang dijual di pasar tani...hahhaaha

Permulaan kelas dimulakan dengan Kelas yang noha sendiri bentang iaitu topik Law of Universal Attraction (LUA). 

Walaupun tidak dapat sampaikan dengan sepenuh ilmu disebabkan masaslah teknikal, alhamdulillah semua point dapat noha terangkan.

selepas itu kelas disambung pula oleh 'Atiqah dengan topiknya Blog.

subhaanallah... baru noha tahu masih baaanyak yang noha tak tau pasal blog!

Saturday, November 22, 2014

HONEYMOON DI KOREA



ASSALAMUALAIKUM.

SEKARANG NOHA DALAM KELAS BLOG.

Cikgu 'Atiqah suruh buat 1 post tentang apa-apa sahaja yang terlintas dekat fikiran. Jadinya noha terfikir untuk cerita sedikit pasal Honeymoon di Korea noha 3 tahun lepas.

Kalau korang nak tahu, noha pegi korea ni gamble tau.. noha redah je. Tak ikut mana-mana pakej!

Adik noha kata noha gila..hahhahaa... Memang gila, tapi noha SUKA. Memang sangat mencabar dan BEST GILER!

Kami Honeymoon di Korea selama 8 hari 7 malam. 

Sampai-sampai di Korea kami terkejut beruk sebab cuaca sejuuuuuuk sangat! Keluar-keluar hotel angin bertiup dengan kuatnya dengan suhu10'c! Terus kami masuk balik airport dan cari glove...hahahahaa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...