Showing posts with label DIRI SAYA. Show all posts
Showing posts with label DIRI SAYA. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Cikgu Razali Bidin




Noha: abang!!! Cikgu sayang!!!!! Cikgu!!!!

Hampa...teriakan di dalam kereta. Hanya memekakkan telinga suami dan anak2.

Suami: takpe, kita tunggu je dekat sini sampai cikgu keluar semula..

Hampir sejam lepas tu.....

Suami: sayang! Cikgu sayang!!! Cikgu!!!!

Terus suami bergegas keluar mengangkat tangan kepada cikgu kesayanganku dan cikgu membalasnya dengan senyuman mesra.

Bila daku keluar dari kereta barulah cikgu bersuara..

Cikgu razali: Umee!!! Maaf tadi cikgu tak kenal suami tu yang senyun je. Kalau umee memang saya kenal lah anak murid saya.

Subhaanallah...tiada ungkapan yang lebih indah. Cikgu masih mengenaliku♡♡♡♡♡♡

Rasa macam berada di awangan. Tak percaya berjumpa dengan cikgu yang sangat banyak berjasa.

Dua tiga kali kuungkapkan "gembiranya saya jumpa cikgu"...

Bergenang air mata saat cikgu memeluk erat suamiku sebelum pulang.

Terima Kasih cikgu... terima kasih ♡

Sunday, November 23, 2014

KELAS Law of Universal Attration DAN BLOG


Alhamdulillah... 
Selesai sudah kelas untuk hari kedua. Kelas pada hari ini juga bertempat di Mabiq Peramu. Cumanya kami hanya bertukar bilik disebabkan Bilik VIP semalam sangat penuh dengan tempahan makanan tengahari. Maklumlah hari Ahad memang Mabiq akan penuh dengan pelanggan.





Kelas bermula agak lambat hari ini disebabkan Noha dan 'Atiqah menghantar 3botol Lecithin customer di pasar tani depan UTC Kuantan pada pukul 7.30 pagi. 

Usai hantar barang terus Noha ambil peluang bawa Tiqah pusing-pusing tengok pelbagai jualan di Pasar Tani. Tiqah sangat rambang mata tengok pelbagai juadah yang dijual di pasar tani...hahhaaha

Permulaan kelas dimulakan dengan Kelas yang noha sendiri bentang iaitu topik Law of Universal Attraction (LUA). 

Walaupun tidak dapat sampaikan dengan sepenuh ilmu disebabkan masaslah teknikal, alhamdulillah semua point dapat noha terangkan.

selepas itu kelas disambung pula oleh 'Atiqah dengan topiknya Blog.

subhaanallah... baru noha tahu masih baaanyak yang noha tak tau pasal blog!

Saturday, November 22, 2014

HONEYMOON DI KOREA



ASSALAMUALAIKUM.

SEKARANG NOHA DALAM KELAS BLOG.

Cikgu 'Atiqah suruh buat 1 post tentang apa-apa sahaja yang terlintas dekat fikiran. Jadinya noha terfikir untuk cerita sedikit pasal Honeymoon di Korea noha 3 tahun lepas.

Kalau korang nak tahu, noha pegi korea ni gamble tau.. noha redah je. Tak ikut mana-mana pakej!

Adik noha kata noha gila..hahhahaa... Memang gila, tapi noha SUKA. Memang sangat mencabar dan BEST GILER!

Kami Honeymoon di Korea selama 8 hari 7 malam. 

Sampai-sampai di Korea kami terkejut beruk sebab cuaca sejuuuuuuk sangat! Keluar-keluar hotel angin bertiup dengan kuatnya dengan suhu10'c! Terus kami masuk balik airport dan cari glove...hahahahaa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...