Alhamdulillah...
Selesai sudah kelas untuk hari kedua. Kelas pada hari ini juga bertempat di Mabiq Peramu. Cumanya kami hanya bertukar bilik disebabkan Bilik VIP semalam sangat penuh dengan tempahan makanan tengahari. Maklumlah hari Ahad memang Mabiq akan penuh dengan pelanggan.
Kelas bermula agak lambat hari ini disebabkan Noha dan 'Atiqah menghantar 3botol Lecithin customer di pasar tani depan UTC Kuantan pada pukul 7.30 pagi.
Usai hantar barang terus Noha ambil peluang bawa Tiqah pusing-pusing tengok pelbagai jualan di Pasar Tani. Tiqah sangat rambang mata tengok pelbagai juadah yang dijual di pasar tani...hahhaaha
Permulaan kelas dimulakan dengan Kelas yang noha sendiri bentang iaitu topik Law of Universal Attraction (LUA).
Walaupun tidak dapat sampaikan dengan sepenuh ilmu disebabkan masaslah teknikal, alhamdulillah semua point dapat noha terangkan.
selepas itu kelas disambung pula oleh 'Atiqah dengan topiknya Blog.
subhaanallah... baru noha tahu masih baaanyak yang noha tak tau pasal blog!

