Monday, March 10, 2014

Tips menjaga EBM


Tengah2 baca mengenai tips2 serta jadual penyimpanan EBM tadi, tiba2 terdengar bunyi mcm orang nak bukak pintu grail... kussss semangat!!!

Lepas cek 2-3 kali rasanya kucing terlanggar pintu je kot..heheheheee

Oklah...tajuk Noha malam ni adalah hasil pembacaan dekat Fb akak yg jual botol jenama MAM..

Penjelasannya sangat clear n Noha suka sbb mudah difahami...so harap2 dapat memberi manfaat utk ibu2 di luar sana yg juga breastfeed macam Noha ni😊

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk
2. FROZEN EBM - susu ibu beku
3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.
1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.
1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.
1.4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip
1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.
1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.4

NOTA PENTING :
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan
#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

2.1 Setelah mengikuti langkah 1.4, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.
2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.
2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :
#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam.
#Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.
#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave

TEMPOH HAYAT EBM
Seperti dalam jadual di bawah




Okeh..diharap dpt sama2 kita praktikkan ilmu ini... jangan lupa kena maklumkan juga pada orang gaji or pusat asuhan anak2 kita... jangan ingat diorg tu ilmu penuh di dada ye...

Noha pernah baca 1 case dimana pusat asuhan tu sekalikan je semua EBM yg ibu2 bekalkan pastu bagi dkt semua budak! Sangat kejam!!! 

Semuga tidak berlaku dkt anak n keturunan kita...nauzubillah...

Tq Noorfazila utk perkongsian ilmu ni.. kalau korg ade apa2 soalan boleh tanya beliau at https://www.facebook.com/photo.php?fbid=680852421938205&set=a.182657158424403.38823.100000403605981&type=1.




Friday, March 7, 2014

Assalamualaikum...pagi ni noha akan bercerita mengenai salah satu suppliment Shaklee yg sangat menarik minat noha.. hehehheee bukan noha yg nak minum tapi noha nak bagi husben noha minum... saiz badan husben noha lepas kami kahwin selama 3 tahun ni sudah meningkat sebanyak 3 kali ganda! Haaaaa...sebelum apa2 penyakit merbahaya singgah baik kita CEGAH!



Kod Produk:- 20339   (Cafe Latte)
- 20340    (Vanilla)
- 20341    (Chocolate) - (765g)

APA ITU CINCH SHAKE MIX?
Ia adalah sejenis Protein untuk menahan lapar dan berfungsi untuk menurunkan berat badan. Membantu mengekalkan otot agar tidak menggeleber. Badan lebih pejal. Terdapat dalam perasa coffe latte, chocolate & vanilla. 

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Cinch dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh.

Faedah Utama Cinch Shake Mix Shaklee

Cinch memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut. Antara faedah utama Cinch Shake Mix Shaklee ialah:
  • Indeks glisemik - 22, sesuai untuk penghidap kencing manis.
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine asid amino.
  • Diperkasa dengan leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO.
  • Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis.

'The Shaklee Weight Management Program addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever' 

- Dr. Paula Baillie, MD, PhD (A leading expert in human metabolism)


FAQ berkaitan Cinch : 


Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.

Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

Jom kita tengok FAQ ini:

Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?
Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?
Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?
Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

Cara terbaik minum Cinch Shake
Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?
Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?
Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Okeh..selepas dah tau sedikit sebanyak mengenai cinch mix ni, noha decide untuk pilih perisa coklat untuk En Razif, suami noha yang terchenta💖

Sape2 yang nak oder dan nak penghantaran percuma sekitar Setiawangsa boleh la kontek noha tumpang oder sekali😄 inshaaAllah jap lagi noha nak g Hq Shaklee.. jumpa lagi semua di lain hari... 

Assalamualaikum


Coordinator to be,
Noha 0169685857
-si biasa yang nak jadi chantek-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...