Whatsapp group...
Korang ada berapa banyak whatsapp group...
Pernah dengar tak pepatah "kita adalah dengan siapa kita berkawan"
Mula-mula dulu, pelik dan tak paham pepatah ni... bila dah mengharungi liku-liku kehidupan, barulah noha yakin pepatah ni memang benar.
Harini, dekat salah satu group whatsapp Keluarga Shaklee noha borak-borak tentang macamana nak uruskan anak-anak. Alhamdulillah, rata-rata ahli keluarga shaklee kami terdiri daripada wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai ramai anak.
Jadi sorang-sorang pon keluarkanlah pengalaman dan apa yg mereka buat setiap hari untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
Ada satu petua daripada sahabat noha.. katanya "Dulu saya stress xtau urus masa...sampai saya terbaca kisah puteri kesayangan Nabi saw mengadu semua benda nak buat kan...Nak pakai pembantu...Nabi saw suruh amalkan tasbih Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar 33x. bila kak cery post pasal amalan ni saya senyum sebab mmg berkesan dan kerja jadi mudah..."
Ada juga yang anak ramai katanya bila dia kemas rumah anak-anak akan sepahkan semula. Baik biarkan je bersepah.. hehehe
Kemudian ada la kakak sorang ni bagi petua. Setiap anak kita bahagikan tugas. Biar sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah. Baru la mereka ada disiplin. Dan kalau bersepah juga, mereka tahu tugas masing2 untuk kemas semula.
Ada yang siap buat jadual warna warni lagi supaya anak-anak tertarik dan suka untuk buat tugasan masing-masing.
Rasa best pulak ada anak ramai kan? Heheheh...bilalah humaira nak ada adik ni♡
Paling noha tertarik dengan satu sharing dari kakak noha. Ustaz ebit punya perkongsian. Jap noha paste dekat sini ye...
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Perkongsian yang cukup indah.....
Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.
Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil..
Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.
Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..
Jawab saya puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat...Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....
InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?
Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.
Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.
Selepas beberapa minggu dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah. Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...
Saya ingat mak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau kalau ebit jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.
Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..
Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..
Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..
Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...
Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..
Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..
Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.
Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..
Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..
Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.
Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...
Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..
Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...
Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.
Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua
♡Perkongsian ustaz ebit lew yang menginspirasi♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Sangkaan dan doa... ibu bapa kena alert ni. Ada yang selalu memalukan anak-anak secara tak sengaja depan kawan-kawan. Kita ubah ye.
Walaupun anak-anak kecil lagi, jangan kita anggap mereka tak faham. Mereka pon tau juga malu bila diperlekehkan.
Apatah lagi kalau anak-anak yang dah besar. Jangan suka-suka je bagitau saudara mara keburukan dan kekurangan anak kita. Dalam Islam pon tak galakkan kita memalukan orang lain kan?
Paling penting kita kena sentiasa berdoa mohon dengan Allah untuk anak-anak kita.
Ada satu doa yang paling simple diajarkan dalam group keluarga shaklee noha tu.
Noha rasa pasti semua orang tahu doa ni cuma tak terfikir untuk amalkan.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah =)
Itu sahaja perkongsian dari Keluarga Shaklee noha untuk harini.
Lain kali kalau ada lagi perkongsian best2 dari Keluarga Shaklee noha inshaaAllah noha post lagi ye..
Sampai jumpa laaaagi♡♡♡♡♡
Love,
NOHACHANTEK yang masih berusaha untuk cantik luar dan dalam♡

No comments:
Post a Comment