Sunday, November 23, 2014

KELAS Law of Universal Attration DAN BLOG


Alhamdulillah... 
Selesai sudah kelas untuk hari kedua. Kelas pada hari ini juga bertempat di Mabiq Peramu. Cumanya kami hanya bertukar bilik disebabkan Bilik VIP semalam sangat penuh dengan tempahan makanan tengahari. Maklumlah hari Ahad memang Mabiq akan penuh dengan pelanggan.





Kelas bermula agak lambat hari ini disebabkan Noha dan 'Atiqah menghantar 3botol Lecithin customer di pasar tani depan UTC Kuantan pada pukul 7.30 pagi. 

Usai hantar barang terus Noha ambil peluang bawa Tiqah pusing-pusing tengok pelbagai jualan di Pasar Tani. Tiqah sangat rambang mata tengok pelbagai juadah yang dijual di pasar tani...hahhaaha

Permulaan kelas dimulakan dengan Kelas yang noha sendiri bentang iaitu topik Law of Universal Attraction (LUA). 

Walaupun tidak dapat sampaikan dengan sepenuh ilmu disebabkan masaslah teknikal, alhamdulillah semua point dapat noha terangkan.

selepas itu kelas disambung pula oleh 'Atiqah dengan topiknya Blog.

subhaanallah... baru noha tahu masih baaanyak yang noha tak tau pasal blog!

Saturday, November 22, 2014

HONEYMOON DI KOREA



ASSALAMUALAIKUM.

SEKARANG NOHA DALAM KELAS BLOG.

Cikgu 'Atiqah suruh buat 1 post tentang apa-apa sahaja yang terlintas dekat fikiran. Jadinya noha terfikir untuk cerita sedikit pasal Honeymoon di Korea noha 3 tahun lepas.

Kalau korang nak tahu, noha pegi korea ni gamble tau.. noha redah je. Tak ikut mana-mana pakej!

Adik noha kata noha gila..hahhahaa... Memang gila, tapi noha SUKA. Memang sangat mencabar dan BEST GILER!

Kami Honeymoon di Korea selama 8 hari 7 malam. 

Sampai-sampai di Korea kami terkejut beruk sebab cuaca sejuuuuuuk sangat! Keluar-keluar hotel angin bertiup dengan kuatnya dengan suhu10'c! Terus kami masuk balik airport dan cari glove...hahahahaa





Friday, November 21, 2014

>> KELAS SUPPORT EMPAYAR SHAKLEE <<

Assalamualaikum♡
Hari ini noha busy sangat sebab buat persediaan untuk KELAS SUPPORT EMPAYAR SHAKLEE di MABIQ, KUANTAN.
Hehehehee...noha saja je pilih Mabiq sebagai tempat untuk kelas sebabnya boleh makan ikan patin sambil kelas! Noha dan makan-makan berpisah tiada♡♡♡ kikikiii..ape punya motto daa... tapi memang sangat praktikal sebab bilik VIP dekat Restoren Mabiq memang sangat selesa dan sesuai buat seminar♡
InshaAllah petang ni pukul 2 akan bermula kelas Produk Shaklee. Kelas ini akan bagi penerangan terperinci tentang produk-produk Shaklee yang ada sekarang. Speaker khas dijemput dari Wangsamaju Kuala Lumpur iaitu pemilik Blog Pakar Kulit dan Kecantikan, Puan Mariani♡
Kalau dah pakar kecantikan tu haruslah penerangan produk pada petang ni lebih kepada kecantikan luar dalaman gittew♡♡♡ i loike♡♡♡ Kelas produk ni bukan penerangan mengenai vitamin semata-mata, juga penerangan tentang set muka shaklee yang setaraf dengan SKII tapi harganya lebih jimat dan berbaloi-baloi!
InshaaAllah kelas produk ni TERBUKA kepada SEMUA ORANG KUANYAN tak kira ahli shaklee atau bukan ahli.

Selepas habis kelas produk ni kami akan solat berjemaah kemuadian akan ke Mega Mall untuk sesi kedua iaitu perlawanan boling. Ya Allah, dah tiga tahun tak sentuh bola boling. Harapnya tak semua bola masuk longkang. Kikikikiii...

Okey, hari ahad pula seawal jam 8 pagi inshaaAllah saya akan mulakan slot seterusnya iaitu Kelas LUA. Law of Universal Attraction adalah sangat penting bagi setiap kita yang berniaga ni♡ 

Habis saja slot noha, pakar BLOG daripada Kajang , Cik 'Atiqah Shahrom akan memulakan kelas Blog dan Marketing sehinggalah pukul 5 petang. Kelas blog kali ini berkonsepkan buat blog sampai PRO! Selagi tak PRO tak boleh balik rumah ye:)

Yuran yang dikenakan hanya rm15. Mahal ke? Takdelah... lunch di Mabiq rm10. Lagi rm5 kita buat beli air mineral, kueh mueh dan juga giftaway untuk semua yang hadir♡

Okey..dah lewat ni. Noha nak ke Mabiq untuk final check apa yang kurang. 

See you♡



Tuesday, November 18, 2014

MABIQ MASUK TV LAGI♡

Alhamdulillah... sekali lagi Mabiq mendapat review yang bagus daripada media. Kali ini bukan suratkhabar tetapi televisyen!

Iya...mabiq keudara di Berita TV9 pukul 12 petang tadi♡♡♡

video

Alhamdulillah... walaupun ringkas, penerangan mengenai mabiq begitu jelas dan padat.

Kali ini bukan hanya berkisar tentang restoran Mabiq sahaja malah ada juga diterangkan mengenai apa yang pelajar Mabiq belajar dan juga sejarah bagaimana tercetusnya idea untuk membuka restoran Mabiq♡

Sahabat handai sama-sama doakan agar Mabiq bertambah maju ya.

InshaaAllah Ameeeen ya robb♡

Friday, November 14, 2014

Pengedar Shaklee Kuantan

Ya, saya komited dengan bisnes saya!

Setelah berpindah ke Kuantan , noha rasakan terbatas sikit bisnes shaklee di sini kerana tiada Branch Kuantan. 

Jadi apa noha buat, noha kumpul duit bonus setiap bulan dan laburkan untuk bisnes shaklee terchenta ni♡

Bagi noha untuk jadi Pengedar Shaklee Kuantan yang cemerlang, noha perlu ada stock setiap item yang shaklee jual.

Walaupun kuantiti nya tidak banyak, alhamdulillah selepas customer beli terus noha restock semula.

Bukannya susah untuk restock, hanya click2 di Shaklee2u dan keesokannya barang pun sampai depan pintu rumah♡

Sebagai Pengedar Shaklee Kuantan noha berbangga kerana setakat ini tidak pernah ada masalah stock barang tidak ada jika customer oder♡

Okey..ini adalah barang2 Shaklee yang ada dekat rumah noha di Jaya Gading.


Kalau perasan, Mealshakes dan ESP memang noha akan beli lebih dari lain. 

Ini kerana sambutan untuk Mealshakes dan ESP sangat menggalakkan. Mealshakes memang akan diborong oleh ibu-ibu yang sayangkan anak mereka. Bila susah hati tengok anak kurang selera makan ke, selalu tak sihat ke, mereka akan memilih mealshakes sebagai makanan tambahan.

ESP pula memang dah glamour sebelum noha kenal shaklee lagi. Tapi sambutannya di Kuantab luar biasa lebih-lebih lagi bila noha bagitahu customer yang ESP ni boleh buat masker! Iya, memang boleh. Tak percaya ye? Nanti noha tunjuk muka noha pakai masker ESP ye. Memang best. Lepas pakai rasa lembap je muka♡♡♡

Okey, sebagai Pengedar Shaklee Kuantan juga, noha sediakan kelas untuk anak-anak noha yang nak penjelasan face to face berkenaan produk shaklee ni. Online class memang banyak. Tapi noha rasa face to face ni perlu juga untuk mereka yang tiada kemudahan internet♡

Walaupun yang beli Shakleehanya untuk makan sendiri tetap noha ajak join kelas. Bukan apa, kalau kita makan je tanpa ilmu tak best. Bila kita belajar, bukan dapat ilmu tentang produk shaklee je. Ilmu kesihatan lain pon dapat sekali. Contohnya badan kita hanya boleh melakukan pembaharuan sel dari pukul 10malam sehingga 2 pagi sahaja. Ilmu ni noha dapat waktu pegi kelas nutrisi di branch shaklee. Kalau tak selamanya noha tak tahu sebab apa tak digalakkan tidur lewat!

Kepada sesiapa yang berminat nak join kelas noha boleh pm noha ye. Kelas terdekat akan noha buat pada 22-23hb november ini. Kelas ini special sikit sebab kita akan ajar bukan setakat Produk dan Kesihatan, ada juga kelas blog yang mana noha import speaker khas dari Kuala Lumpur.

Okey setakat ni sahaja untuk harini. Noha harap agar noha dapat menjadi Pengedar Shaklee Kuantan yang dapat sediakan servis terbaik untuk customer dan anak-anak noha bukan sahaja di Kuantan malah seluruh dunia. InshaaAllah ameeen♡♡♡




Love,
NOHA

Farina Wardah Supervisor November 2014

Alhamdulillah...

Semalam anak shaklee noha, farina mesej barang shaklee yang diorder untuk customer Kolagen dan Herbal Blend dah sampai♡
Farina ni sekarang tengah berpantang melahirkan anak yang ke-3. Walaupun tengah berpantang, beliau gigih dan rajin, tetap berniaga Shaklee.

Mana tidaknya, bisnes shaklee bukanlah susah . Oder barang semuanya di hujung jari. Bila barang dah sampai customer yang datang rumah dia ambil. Untuk yang jauh-jauh pula shaklee boleh terus pos terus kepada customer. Tak perlu kita susah-susah nak wrapping barang semua♡

Sekiranya anda berada di area Bera, lebih spesifik lagi Felda Kumai, bolehlah oder barang dengan FARINA (whatsapp0133977307 ) ye♡

InshaaAllah bulan ni Farina akan jadi Supervisor ameeeen♡♡♡


Love,
Bonda Noha

Tuesday, November 4, 2014

PENAPIS AIR JIMAT ELEKTRIK JIMAT RUANG

Assalamualaikum semua..

Harini noha nak cerita pasal penapis air yang noha sendiri guna di rumah.


Inilah Get Clean Water Pitcher. Bukan sahaja tak perlu dipasang pada elektrik, ia juga murah serta portable! Boleh dibawa kemana saja!
Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat. Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Senang dan Mudah!
Okey...kalau anda nak tiru noha dengan gaya hidup mudah dan murah, bolehlah pm noha untuk oder water pitcher ni ye♡
Love,
Noha
(SID 1016345)
#pengedarshakleekuantan
#postage seluruh Malaysia♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...