Tuesday, May 20, 2014

Buffer memudahkan hidupku๐Ÿ’—

Alhamdulillah...harini selesai lagi 1 kelas yg pada mulanya ingay nak buat untuk anak2 shaklee ku sahaja..tapi bila ramai yg xtau lagi so kak ana suggest buat 1 group khas untuk coaching cara2 guna buffer...

 ๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—BUFFER๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
Buffer bukanlah aplikasi bagi mereka yg sibuk.. buffer adalah aplikasi bagi mereka yg bijak menguruskan masa๐Ÿ˜

Apa itu buffer?
Buffer adalah sejenis aplikasi yg kita boleh gunakan untuk mengAuto update facebook kita๐Ÿ’—

Kalau perasan.. fb noha banyak status2 yg menggunakan buffer.. macamana nak tau? Di hujung setiap status yg menggunakan buffer akan ditulis "1hour ago via Buffer"

Kebiasaannya noha akan setting masa buffer utk menarik ramai pembaca... iaitu masa high traffic fb.. bila high traffic fb???


Haa..ini ialah waktu2 yg ramai org buka fb..
So update la status anda lps ni guna buffer siap2 mengikut waku ni..
Bila org like or baca status kita sekali, lain kali status kita akan keluar lagi dkt newsfeed dia๐Ÿ’—
Kalau x, kita akan jadi invisible dkt fb dia๐Ÿ™Š

Alhamdulillah...walaupun 1 ilmu yg simple tetap puas hati dapat sampaikan pada anak2 Shaklee 1 family๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—

InshaaAllah akan datang banyak lagi kelas2 yang akan noha buat secara online utk anak2 shaklee family noha iaitu KILAUAN JUTAWAN SHAKLEE๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—

Wednesday, May 14, 2014

ESP memudakan diriku???

Orite... anak2 n suami dah tidur.. jadi bolehlah kita layan mengarang.. hehheheee

Teringat kisah dekat swimming pool... haritu memang takde baju mandi.. so terpaksa pinjam baju Kakak Ahla, anak sedara noha yg umur 17thn, dan seluar pulak ketat pula tak silap noha Affa punya (anak saudara umur 12thn). Disebabkan noha biasa swimming special day for ladies night only, sebab tu xkisah sgt pakai ketat2.. lagipun minggu lepas noha dah kena tegur pakai seluar track longgar...hehehee. siap warning lagi cikgu tu...

Waktu mandi manda dekat swimming pool dalam tu..noha main2 la dengan humaira yg baru berjinak2 nak belajar tahan nafas dalam air... ramai jugak la student2 UIA yg macam usha je kitorang.. noha swimming dgn anak2 saudara dan kakak Noha yg namanya Kak uji.

Tiba2 ade la sorang hamba Allah ni tanya...

"baby ni umur berapa?"

humaira ni umur 1 tahun 1bulan. Anak akak ni nampak je badan kecil padahal dah tua..heheheh

"Huh? Anak akak? Ingatkan akak x kawin lagi... baru habis belajar ke?"

Tak lah..baru berhenti kerja๐Ÿ˜†

Kikikikiiii...terkejut diorg dengar perkataan berhenti kerja tu...dalam hati mesti diorg puji, bagusnya akak tu berhenti kerja semata2 nak jaga anak..

Sekali...sangkaanku meleset daaaa.... tiba2 dalam kereta ondaway balik Mabiq affa cerita..

"Che ha, kakak yg tanya humaira umur berapa tadi kan, lepas che ha pergi kan, diorg ngumpat che ha"

Ha??? Diorg ngumpat apa?

"Diorg kata mudanya akak tu dah ada anak! Mesti ANAK ANGKAT!"

KEHKEHKEHKEH...memang nak gelak guling2 dengar ayat last affa tu...terfikir jugak dalam hati, diorg ni ingatkan noha umur berapa ye???

Ade ke patut humaira dikatakan anak angkat mama...kesian anak mama nih..tapi memang perasan habislah.mesti diorg ingat umurku baru 20an.  ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜๐Ÿ˜ฐ

Tak sia2 minum esp tak tinggal... renew cells yg i loike tu..  kulit nampak muda dan anjal! Eh, ayat dah macam iklan dekat tv lah pulak..kuikuikui.. apa2 aje lah..janji diriku happy๐Ÿ’—

Monday, April 14, 2014

-Pahala dengan RUTIN HARIAN-

Harini mummy bercerita panjang mengenai pahala... ye pahala... mummy adalah seorang yang rajin buat amal ibadat. Sejak mummy anak dara lagi, seawal umur 14 tahun mummy sudah mengamalkan ayat2 al-quran untuk dibaca setiap hari.. mummy akan bangun seawal 4pagi, mandi dan mulalah buat solat2 sunat seterusnya mengaji... setiap hari mummy tidak akan tinggal membaca surah al-waqiah, dan juga ayat2 hafazan lain..  oleh kerana amalan itu telah dilakukan setiap hari dari zaman muda, maka mummy dah hafal semuanya di mulut...

Apa yang mummy tekankan harini ialah, WALAUPUN KITA BANGUN PAGI BUTA DAN BACA AYAT AL-QURAN SETIAP HARI, PAHALA YANG ALLAH BAGI JAUH LEBIH BANYAK SEKIRANYA KITA JAGA ANAK, MEMASAK UTK SUAMI, MENYEDIAKAN PAKAIAN DAN RUMAH YG BERSIH DAN SELESA UNTUK SEISI KELUARGA๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

Hatta kalau kita senyum dekat suami pon dah dapat pahala, apatah lagi membuat kerja2 harian dengan niat ikhlas kerana Allah ta'ala... mummy cakap, perempuan akhir zaman ni lebih banyak masuk NERAKA daripada SYURGA! Aduuuuhhh... panas sekejap telinga... tapi memang tak boleh nak argue, Noha sendiri pon kadang2 tak sempat jemur kain cik abang dah tolong jemurkan. 

Mummy kata sebenarnya surirumah sepenuh masa sepatutnya sebelah kaki dah berada dalam syurga! Kalau cara mummy, Bangun awal pagi masak dulu utk keluarga, lepas tu baca lah nak baca apa2 pun... sebelum tidur kemas dulu rumah, basuh dulu kain semua, esoknya bila dah cerah tanah boleh terus jemur... barulah masa untuk layan suami dan anak2 lebih, kalau kita tak berkorban siapa lagi nak berkorban untuk keluarga kita?????


Haaaa....UMEE NORHAYATI silalah anda buat jadual harian yg baru ye... KEJAR PAHALA dengan buat rutin harian dunia TAPI DAPAT AKHIRAT SEKALI hanya betulkan NIAT KERANA ALLAH TA'ALA๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜†

Thursday, April 10, 2014


♡DEMAM ESP♡

Masih belum berakhir ye demam ESP ni....harini nak pos 4 Tong ESP dekat customer di Terengganu... sebab apa dia grab 4 tong terus? Hehehehee sebab waktu promosi ESP bulan lepas dia try 1 tong je... 3 hari lepas dah habis promosi dia msg kata nak lagi 4... minta maaf promosi beli 6 percuma 1 sudah berakhir ye.. tapi bila cinta sudah bertakhta di hati harga xpromosi pon customer sanggup bayar♡ 

Alhamdulillah sepanjang promosi lepas noha berjaya menjual 108 tong ESP. Kebanyakan pelanggan noha terdiri drp ibu2 mengandung dan menyusukan baby, mereka yg kuat bekerja dan perlukan suppliment yg memberi tenaga dan juga mereka yg mementingkan kecantikan (ESP memperbaharui sel2 kulit kita).

Kalau korang nak tahu lebih lanjut kenapa ramai yg jatuh cinta dengan ESP ni pm la noha yew... ♡♡♡




Noha si biasa yg nak jadi CHANTEK
0169685857


Monday, March 10, 2014

Tips menjaga EBM


Tengah2 baca mengenai tips2 serta jadual penyimpanan EBM tadi, tiba2 terdengar bunyi mcm orang nak bukak pintu grail... kussss semangat!!!

Lepas cek 2-3 kali rasanya kucing terlanggar pintu je kot..heheheheee

Oklah...tajuk Noha malam ni adalah hasil pembacaan dekat Fb akak yg jual botol jenama MAM..

Penjelasannya sangat clear n Noha suka sbb mudah difahami...so harap2 dapat memberi manfaat utk ibu2 di luar sana yg juga breastfeed macam Noha ni๐Ÿ˜Š

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk
2. FROZEN EBM - susu ibu beku
3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.
1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.
1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.
1.4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip
1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.
1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.4

NOTA PENTING :
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan
#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

2.1 Setelah mengikuti langkah 1.4, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.
2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.
2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :
#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam.
#Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.
#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave

TEMPOH HAYAT EBM
Seperti dalam jadual di bawah




Okeh..diharap dpt sama2 kita praktikkan ilmu ini... jangan lupa kena maklumkan juga pada orang gaji or pusat asuhan anak2 kita... jangan ingat diorg tu ilmu penuh di dada ye...

Noha pernah baca 1 case dimana pusat asuhan tu sekalikan je semua EBM yg ibu2 bekalkan pastu bagi dkt semua budak! Sangat kejam!!! 

Semuga tidak berlaku dkt anak n keturunan kita...nauzubillah...

Tq Noorfazila utk perkongsian ilmu ni.. kalau korg ade apa2 soalan boleh tanya beliau at https://www.facebook.com/photo.php?fbid=680852421938205&set=a.182657158424403.38823.100000403605981&type=1.




Friday, March 7, 2014

Assalamualaikum...pagi ni noha akan bercerita mengenai salah satu suppliment Shaklee yg sangat menarik minat noha.. hehehheee bukan noha yg nak minum tapi noha nak bagi husben noha minum... saiz badan husben noha lepas kami kahwin selama 3 tahun ni sudah meningkat sebanyak 3 kali ganda! Haaaaa...sebelum apa2 penyakit merbahaya singgah baik kita CEGAH!



Kod Produk:- 20339   (Cafe Latte)
- 20340    (Vanilla)
- 20341    (Chocolate) - (765g)

APA ITU CINCH SHAKE MIX?
Ia adalah sejenis Protein untuk menahan lapar dan berfungsi untuk menurunkan berat badan. Membantu mengekalkan otot agar tidak menggeleber. Badan lebih pejal. Terdapat dalam perasa coffe latte, chocolate & vanilla. 

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Cinch dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh.

Faedah Utama Cinch Shake Mix Shaklee

Cinch memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut. Antara faedah utama Cinch Shake Mix Shaklee ialah:
  • Indeks glisemik - 22, sesuai untuk penghidap kencing manis.
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine asid amino.
  • Diperkasa dengan leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO.
  • Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis.

'The Shaklee Weight Management Program addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever' 

- Dr. Paula Baillie, MD, PhD (A leading expert in human metabolism)


FAQ berkaitan Cinch : 


Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.

Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

Jom kita tengok FAQ ini:

Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?
Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?
Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?
Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

Cara terbaik minum Cinch Shake
Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?
Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?
Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Okeh..selepas dah tau sedikit sebanyak mengenai cinch mix ni, noha decide untuk pilih perisa coklat untuk En Razif, suami noha yang terchenta๐Ÿ’–

Sape2 yang nak oder dan nak penghantaran percuma sekitar Setiawangsa boleh la kontek noha tumpang oder sekali๐Ÿ˜„ inshaaAllah jap lagi noha nak g Hq Shaklee.. jumpa lagi semua di lain hari... 

Assalamualaikum


Coordinator to be,
Noha 0169685857
-si biasa yang nak jadi chantek-

Tuesday, November 5, 2013

SHAKLEE MENYEMPURNAKAN HIDUPKU

ASSALAMUALAIKUM.

  Lamanya noha tak 'berblog'. Hihihihi rasmikan blog ni dah lama,sebelum kahwin lagi. Sekarang dah ada anak 2 baru tergatal semula tangan nih nak menaip dan berceloteh:) 

 Shaklee menyempurnakan hidupku...haaaa berat tajuk harinih..hahaha saja noha nak flashback balik saat mula2 makan Shaklee empat bulan lepas. Nak dijadikan cerita waktu tu noha sangat tidak mempercayai Shaklee. Kakak noha yang dah jadi ahli Shaklee tu lah, hari-hari promote suruh makan shaklee.Bukan ape,dia tengok anak noha yang bongsu, Humaira memang melalak je kerjanya setiap hari. Dia cakap 'adeq nor, anak ko tu tak kenyang tu'. 

Waktu tu Humaira baru 3 bulan. Next entry noha perkenalkan Humaira yew! Noha ni suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang je keluar pegi UM tolong tengok kedai runcit abang kandung noha dekat Kolej 12. Start celik mata saaaampai lah ke malam nak tutup mata semula memang Humaira akan bergayuuuuut je dengan Noha. Menyusu badanlah katakan. Bila lepas susu je merengek, bila bagi semula susu diam. Jeluok nih tak yah cakap lah, memang banyak sangat. Erk, jeluok tu panggilan bagi org Kelantan bila baby muntah susu huhuhu.. Bila Humaira tak bergayut? Haaa bila dia tertidur je dia xkan bergayut. Tu pon tido sekejap then bangun lagi nak susu. Korang agak-agak lah, rumah noha macamana? Hahahahahaaaa...bersepah gila3. Kalau orang datang rumah mengejut tu memang akan TERKEJUT punya lah! Dengan kain baju tak berlipat nye sekian, dengan rumah jarang-jarang menyapu, macam tongkang pecah. Dahlah abang Humaira, Syaqeer umur setahun lebih waktu tu tengah galak buat sepah. Memang hari-hari nak nangeslah! Nasib baik dapat suami yang memahami dan ringan tulang. Boleh la dia bantu sikit-sikit mana yang sempat. Sikit-sikit ke? banyak kot my hubby En Razif membantu menguruskan rumahtangga waktu tu! hehehehe... 

 Then nak dijadikan cerita jeng jeng jeng....Pada satu hari, Allah bukakan hati noha untuk cuba produk shaklee. Waktu tu Noha baca FACEBOOK kakak noha yg ejen shaklee tu. Umee Suziana namanya. Baca tentang ESP dan bagaimana ESP boleh pekatkan susu serta berfungsi sebagai milk booster. Tapi takut nak try sbb dia kata ade ramai yg tak boleh minum ESP nih sbb rasa soya dia kuat. Waktu tu Humaira demam, kakak noha cakap makan je ESP dengan Mealshake nnt hilanglah sikit rasa soya ESP tu. Lagipun Mealshake nih bagus ade multivitamin dan sangat sesuai utk khasiat kanak2 dan juga dewasa. Tambah dia lagi,kalau noha makan,baby pon akan dapat juga khasiatnya melalui susu badan. Wink2, ini sudah bagos...xperlu lagi bagi Humaira makan ubat hospital lepas nih. Bila bagitau suami nak beli Mealshake+Esp dia kluar statement 'xkan nak bergantung dekat benda nih jew. nnt kalau xmakan anak mengamuk lagi macamana?' Noha pon jawablah..haaaa baguslah kalau anak dah tak mengamuk. kalau mengamuk lagi noha beli lagi..hahahaha. dia mati kutu pastu terus bagi greenlight walaupun agak berat membuka wallet. 

            

 


 Sampai rumah noha pon bancuhlah Mealshake+ESP, siap goncang2 lagi guna shaker free yg kakak bg. Kakak memang dah pesan awal2 tak boleh guna air panas sebab khasiat soya akan mati. Siap berbuih2 lagi noha goncang sepenuh hati..hahahah. Bila minum tu hummmm rasa sedaplah pulak ESP+mealshake nih, manis2 susu gitu..terus i jatuh hati u... Lepas dah consume ESP+Mealshake selama 3-4hari Alhamdulillah syukur ya ALLAH Humaira berubah sangat perangai dia! TAK PERLU DAH BERGAYUT SELAMA 2 JAM SAMPAI SAKIT2 PINGGANG!!! Lepas minum susu, noha akan sendawa kan dia, lepas tu tepuk2 sikit bontot terus Humaira tido.... waktu tu rasa ya Allah indahnya dunia... 100% jadual harian noha terus berubah! Alhamdulillah ade dah masa untuk tumpakan perhatian sikit dekat Syaqeer yang sebelum tu kurasakan sangat terabai. Asik papa dia je yang uruskan. Sekarang rumah dah tak macam tongkang pecah dah.. itu yang paaaaaaling lega! 

 Itulah serba sedikit ceritanya bagaimana SHAKLEE MENYEMPURNAKAN HIDUPKU... Semua nih dengan izin Allah, Shaklee hanyalah pengantara, rezeki cara mudah Allah bagi untuk Noha lebih senang menguruskan anak sekaligus rumahtangga. Dan sekarang alhamdulillah noha sudah membantu suami hasil dari duit bonus Shaklee setiap bulan. Menaip pon dah banyak, nak kena masak pulak. Lain kali Noha terangkan pasal lebih detail pasal ESP dan Mealshake pulak ye. 

 Assalamualaikum



COORDINATOR TO BE,
NOHA si biasa yg nak jadi CHANTEK
SID 1016354
0169685857

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...