Tuesday, November 18, 2014

MABIQ MASUK TV LAGI♡

Alhamdulillah... sekali lagi Mabiq mendapat review yang bagus daripada media. Kali ini bukan suratkhabar tetapi televisyen!

Iya...mabiq keudara di Berita TV9 pukul 12 petang tadi♡♡♡


Alhamdulillah... walaupun ringkas, penerangan mengenai mabiq begitu jelas dan padat.

Kali ini bukan hanya berkisar tentang restoran Mabiq sahaja malah ada juga diterangkan mengenai apa yang pelajar Mabiq belajar dan juga sejarah bagaimana tercetusnya idea untuk membuka restoran Mabiq♡

Sahabat handai sama-sama doakan agar Mabiq bertambah maju ya.

InshaaAllah Ameeeen ya robb♡

Friday, November 14, 2014

Pengedar Shaklee Kuantan

Ya, saya komited dengan bisnes saya!

Setelah berpindah ke Kuantan , noha rasakan terbatas sikit bisnes shaklee di sini kerana tiada Branch Kuantan. 

Jadi apa noha buat, noha kumpul duit bonus setiap bulan dan laburkan untuk bisnes shaklee terchenta ni♡

Bagi noha untuk jadi Pengedar Shaklee Kuantan yang cemerlang, noha perlu ada stock setiap item yang shaklee jual.

Walaupun kuantiti nya tidak banyak, alhamdulillah selepas customer beli terus noha restock semula.

Bukannya susah untuk restock, hanya click2 di Shaklee2u dan keesokannya barang pun sampai depan pintu rumah♡

Sebagai Pengedar Shaklee Kuantan noha berbangga kerana setakat ini tidak pernah ada masalah stock barang tidak ada jika customer oder♡

Okey..ini adalah barang2 Shaklee yang ada dekat rumah noha di Jaya Gading.


Kalau perasan, Mealshakes dan ESP memang noha akan beli lebih dari lain. 

Ini kerana sambutan untuk Mealshakes dan ESP sangat menggalakkan. Mealshakes memang akan diborong oleh ibu-ibu yang sayangkan anak mereka. Bila susah hati tengok anak kurang selera makan ke, selalu tak sihat ke, mereka akan memilih mealshakes sebagai makanan tambahan.

ESP pula memang dah glamour sebelum noha kenal shaklee lagi. Tapi sambutannya di Kuantab luar biasa lebih-lebih lagi bila noha bagitahu customer yang ESP ni boleh buat masker! Iya, memang boleh. Tak percaya ye? Nanti noha tunjuk muka noha pakai masker ESP ye. Memang best. Lepas pakai rasa lembap je muka♡♡♡

Okey, sebagai Pengedar Shaklee Kuantan juga, noha sediakan kelas untuk anak-anak noha yang nak penjelasan face to face berkenaan produk shaklee ni. Online class memang banyak. Tapi noha rasa face to face ni perlu juga untuk mereka yang tiada kemudahan internet♡

Walaupun yang beli Shakleehanya untuk makan sendiri tetap noha ajak join kelas. Bukan apa, kalau kita makan je tanpa ilmu tak best. Bila kita belajar, bukan dapat ilmu tentang produk shaklee je. Ilmu kesihatan lain pon dapat sekali. Contohnya badan kita hanya boleh melakukan pembaharuan sel dari pukul 10malam sehingga 2 pagi sahaja. Ilmu ni noha dapat waktu pegi kelas nutrisi di branch shaklee. Kalau tak selamanya noha tak tahu sebab apa tak digalakkan tidur lewat!

Kepada sesiapa yang berminat nak join kelas noha boleh pm noha ye. Kelas terdekat akan noha buat pada 22-23hb november ini. Kelas ini special sikit sebab kita akan ajar bukan setakat Produk dan Kesihatan, ada juga kelas blog yang mana noha import speaker khas dari Kuala Lumpur.

Okey setakat ni sahaja untuk harini. Noha harap agar noha dapat menjadi Pengedar Shaklee Kuantan yang dapat sediakan servis terbaik untuk customer dan anak-anak noha bukan sahaja di Kuantan malah seluruh dunia. InshaaAllah ameeen♡♡♡




Love,
NOHA

Farina Wardah Supervisor November 2014

Alhamdulillah...

Semalam anak shaklee noha, farina mesej barang shaklee yang diorder untuk customer Kolagen dan Herbal Blend dah sampai♡
Farina ni sekarang tengah berpantang melahirkan anak yang ke-3. Walaupun tengah berpantang, beliau gigih dan rajin, tetap berniaga Shaklee.

Mana tidaknya, bisnes shaklee bukanlah susah . Oder barang semuanya di hujung jari. Bila barang dah sampai customer yang datang rumah dia ambil. Untuk yang jauh-jauh pula shaklee boleh terus pos terus kepada customer. Tak perlu kita susah-susah nak wrapping barang semua♡

Sekiranya anda berada di area Bera, lebih spesifik lagi Felda Kumai, bolehlah oder barang dengan FARINA (whatsapp0133977307 ) ye♡

InshaaAllah bulan ni Farina akan jadi Supervisor ameeeen♡♡♡


Love,
Bonda Noha

Tuesday, November 4, 2014

PENAPIS AIR JIMAT ELEKTRIK JIMAT RUANG

Assalamualaikum semua..

Harini noha nak cerita pasal penapis air yang noha sendiri guna di rumah.


Inilah Get Clean Water Pitcher. Bukan sahaja tak perlu dipasang pada elektrik, ia juga murah serta portable! Boleh dibawa kemana saja!
Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat. Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Senang dan Mudah!
Okey...kalau anda nak tiru noha dengan gaya hidup mudah dan murah, bolehlah pm noha untuk oder water pitcher ni ye♡
Love,
Noha
(SID 1016345)
#pengedarshakleekuantan
#postage seluruh Malaysia♡

Tuesday, October 28, 2014

NAK JADI SEBAHAGIAN KELUARGA SHAKLEE NOHA♡

Anda Ingin Menjadi Ahli Shaklee ?

Untuk menjadi  distributor @ ahli shaklee terdapat 2 cara:


1) Anda perlu membuat pembayaran yuran ahli shaklee untuk dapat memberkit bag RM 65+ postage rm10
ATAU
2) Mendapatkan keahlian shaklee secara PERCUMA…Ya keahlian secara percuma! Buat pembelian produk Shaklee 200 point UV ke atas (RM 590-700+)  akan automatik dapat menjadi ahli PERCUMA! 


DAN LEBIH SERONOK, bila sudah membuat pembelian (UV point 200 dan ke atas) shaklee akan memberi bonus KEPADA ANDA pada 14 haribulan seterusnya. Anggaran bonus adalah sebanyak 5% atau bersamaan RM33 ke atas. Secara keseluruhan, Shaklee akan memberi bonus 5-21% berdasarkan prestasi jualan pada bulan tersebut. Selain daripada bonus tunai, Shaklee juga menawarkan bonus kereta dan bonus percutian. Amatlah seronok apabila team kami berjaya mencapai kesemua ini melalui bimbingan keluarga jutawan Shaklee. Kalau nak maklumat terperinci akan diajar apabila dah sertai kami nanti♡

KAK NOHA, PERLU KE SAYA MAINTAIN PEMBELIAN SETIAP BULAN?

  • 1) Yuran Keahlian RM65 ini hanya untuk sekali seumur hidup. Tak perlu memperbaharui dan boleh pakai sampai bila-bila.
  • 2) Tidak perlu fikir nak maintain point setiap bulan. Tiada paksaan nak kumpul point terutamanya yang nak makan sendiri. Jika anda inginkan BONUS daripada Shaklee, insyaAllah saya akan tunjukkan caranya bagaimana saya bekerja dari rumah hanya dengan SHAKLEE.

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI DI BAWAH GROUP NOHA♡

1) Semestinya anda boleh membeli produk Shaklee pada harga AHLI dengan potongan 25% dan mendapat bonus daripada hasil pembelian kegunaan sendiri/ jualan.
2) Access percuma kepada GROUP EKSKLUSIF: Di sini kami ada group yg sentiasa memberi semangat dan tips-tips untuk berjaya..ramai yang ingin menjadi ahli ini adalah disebabkan nak beli untuk kegunaan sendiri sahaja..tapi lama kelamaan apabila dah dalam group..banyak cas-cas positif dan semangat mengalir dalam diri. Seterusnya membuat keputusan untuk buat bisness shaklee. Kami di sini dah macam adik beradik dengan saling bantu-membantu.Tiada sesiapa pun memaksa untuk mulakan bisness shaklee sebaliknya, kesemuanya di atas dorongan sendiri
3) Khidmat Nasihat/Coaching Perniagaan -Khidmat Nasihat bagaimana memulakan perniagaan secara ONLINE dan OFFLINE akan diberikan. Kebanyakan AHLI Group kami ada coaching khas bagaimana untuk berjaya. Tips-tips akan dikongsikan secara eksklusif dan anda hanya perlu DUPLICATE atau meniru apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya sebelum ini.
4) Perniagaan Full/Part Time Work-at-Home Mom (WAHM) – Sebenarnya ramai ibu-ibu yang bekerja rasa tidak puas hati dengan persekitaran kerja sekarang walaupun gaji tinggi-tinggi, kesemuanya kalau boleh nak duduk di rumah di sisi anak-anak Peluang bersama Shaklee membuka mata untuk bekerja di rumah bersama keluarga dan dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Masa berlalu takkan kembali,jadi impian membesarkan anak-anak di depan mata sambil menjana pendapatan di rumah adalah sukar dilepaskan. Saya sendiri adalah surirumah sepenuh masa dan Alhamdulillah, saya juga berjaya mencapai impian ini.

5) Ready stock yang sentiasa ada di tangan noha. Jadi anda yang mendaftar ahli di bawah susur galur noha tidak perlu risau sekiranya barang kehabisan stockπŸ‘. InshaaAllah noha sentiasa restock barang-barang Shaklee di rumah♡



Ini adalah fb noha sekiranya kalian nak lihat bagaimana noha sambil santai2 dapat menjadi income πŸ‘‰ https://www.facebook.com/noha.mickey
Nak borak dan bertanya lebih lanjut di Email noha pon boleh πŸ‘‰ umeenorhayati@gmail.com

Kalau yang ada whatsapp tu bolehlah contact noha di πŸ‘‰ 016.9685857

See you soon in OUR SHAKLEE FAMILY♡


Love,
Noha insan biasa yang sentiasa bertindak luar biasa(",)

Thursday, October 16, 2014

PERKONGSIAN BERMAKNA DARI KELUARGA SHAKLEE

Whatsapp group...

Korang ada berapa banyak whatsapp group...

Pernah dengar tak pepatah "kita adalah dengan siapa kita berkawan"

Mula-mula dulu, pelik dan tak paham pepatah ni... bila dah mengharungi liku-liku kehidupan, barulah noha yakin pepatah ni memang benar.

Harini, dekat salah satu group whatsapp Keluarga Shaklee noha borak-borak tentang macamana nak uruskan anak-anak. Alhamdulillah, rata-rata ahli keluarga shaklee kami terdiri daripada wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai ramai anak.

Jadi sorang-sorang pon keluarkanlah pengalaman dan apa yg mereka buat setiap hari untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga.

Ada satu petua daripada sahabat noha.. katanya "Dulu saya stress xtau urus masa...sampai saya terbaca kisah puteri kesayangan Nabi saw mengadu semua benda nak buat kan...Nak pakai pembantu...Nabi saw suruh amalkan tasbih Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar 33x. bila kak cery post pasal amalan ni saya senyum sebab mmg berkesan dan kerja jadi mudah..."

Ada juga yang anak ramai katanya bila dia kemas rumah anak-anak akan sepahkan semula. Baik biarkan je bersepah.. hehehe

Kemudian ada la kakak sorang ni bagi petua. Setiap anak kita bahagikan tugas. Biar sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah. Baru la mereka ada disiplin. Dan kalau bersepah juga, mereka tahu tugas masing2 untuk kemas semula.

Ada yang siap buat jadual warna warni lagi supaya anak-anak tertarik dan suka untuk buat tugasan masing-masing.

Rasa best pulak ada anak ramai kan? Heheheh...bilalah humaira nak ada adik ni♡

Paling noha tertarik dengan satu sharing dari kakak noha. Ustaz ebit punya perkongsian. Jap noha paste dekat sini ye...

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Perkongsian yang cukup indah.....

Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil..

Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.

Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..

Jawab saya puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat...Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....

InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?

Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Selepas beberapa minggu dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah. Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...

Saya ingat mak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau kalau ebit jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.

Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..

Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.

Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..

Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua

♡Perkongsian ustaz ebit lew yang menginspirasi♡

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡


Sangkaan dan doa... ibu bapa kena alert ni. Ada yang selalu memalukan anak-anak secara tak sengaja depan kawan-kawan. Kita ubah ye.

Walaupun anak-anak kecil lagi, jangan kita anggap mereka tak faham. Mereka pon tau juga malu bila diperlekehkan.

Apatah lagi kalau anak-anak yang dah besar. Jangan suka-suka je bagitau saudara mara keburukan dan kekurangan anak kita. Dalam Islam pon tak galakkan kita memalukan orang lain kan?

Paling penting kita kena sentiasa berdoa mohon dengan Allah untuk anak-anak kita.

Ada satu doa yang paling simple diajarkan dalam group keluarga shaklee noha tu.

Noha rasa pasti semua orang tahu doa ni cuma tak terfikir untuk amalkan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

 1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

 Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah =)

Itu sahaja perkongsian dari Keluarga Shaklee noha untuk harini.

Lain kali kalau ada lagi perkongsian best2 dari Keluarga Shaklee noha inshaaAllah noha post lagi ye..

Sampai jumpa laaaagi♡♡♡♡♡




Love,
NOHACHANTEK yang masih berusaha untuk cantik luar dan dalam♡



Saturday, October 11, 2014

25 TAHUN TIDAK SELSEMA DAN BATUK

Assalamualaikum semua♡♡♡

Harini noha nak share kisah menarik Lecturer dari EUROPE yang noha jumpa dekat KLIA.

Waktu tu tengah tunggu abang Arham dari Yaman. Flight pulak delay 2jam haaa banyaklah yang kami borakkan.

Hensem lecturer tu walaupun umurnya dah sekitar 50an. Masik tegap bergaya. Ada janggut dan misai putih yang sengaja disimpan sebab katanya bila duduk di negara asia ni orang akan hormat mat salleh yang ada janggut!

Tapi noha tak sempat ambil gambar dia sebab sibuk mendukung humaira dan juga melayan syaqeer comey..tak pelah ada jodoh lain kali kita jumpa lagi boleh ambil gambar ye😊

Alkisahnya lecturer tu tengok humaira dan syaqeer. Tiba-tiba dia datang dekat dan puji humaira dan syaqeer comel. Lepas dah tegur tu macam-macam lah dia cerita pasal pengalaman dia dekat Malaysia. Termasuklah berkenaan hukum hudud. Walaupun dia bukan beragama Islam, tapi dia berpendapat Malaysia patut mengamalkan hukum hudud serta merta! Tu dia... dia siap study lagi tentang nabi Muhammad dan sangat menyanjungi Rasul kita.

Dah borak-borak lama humaira pon meragam... terus noha belikan air mineral. Bila tengok humaira minum air guna straw terkejut dia. "How old is she?" "Did u breastfeed your baby?" I can see from the glow of her eyes"...

Tu dia... bertalu-talu soalan. Noha pon jawablah yes i am. She's one and half years old and still breastfeeding.

"Thanks to Allah!" Errkkk... terkejut noha bila dia cakap thanks to Allah! Terus topik kami beralih kepada breastfeeding pulak lepas tu.

Dia cakap waktu dia kecik mak dia pon susukan dia sampai umur dia dua tahun lebih.

Dua kali dia masuk hospital waktu remaja dan hampir2 mati tapi doktor terkejut macamana dia boleh survive.

Tahun ni dah masuk 25tahun dia tak pernah selsema dan batuk! Haaa...korang pikir lah. Kalau selsema dan batuk pon tak pernah, apatah lagi demam dan sakit kepala ye dak?

Katanya lagi, breastfeeding ni membekalkan antibodi yang sangat power pada badan baby. Walaupun waktu kecil kadang2 baby kita masih juga sakit , tapi untuk jangkamasa panjang bila dah besar antibodi anak2 yang menyusu susu ibu ni jauh lebih kuat daripada anak2 yang minum susu tepung.

Lagi 1 sentuhan kulit ke kulit waktu menyusu tu dapat gerakkan berjuta2 rangsangan pada baby. Sebab tu anak2 yang menyusu badan ni cerdik!

Kalau dekat Denmark, ibu yang menyususkan anaknya dibayar gaji setiap bulan dan disuruh duduk rumah sehingga umur anak 2 tahun! Sebab apa? Dekat sana perubatan semuanya ditanggung kerajaan. Anak-anak yang breastfeed ni kemungkinan untuk jatuh sakit adalah sangat rendah. Jadi kerajaan dah untung kos perubatan berapa banyak dekat situ. Sebab tu lah ibu2 tersebut dibayar gaji!

Bestkan? Rasa macam nak migrate pegi Denmark je! Hehehe...

Last sekali dia puji kulit humaira cantik... dalam hati noha "haruslah cantik! Mamanya minum ESP+MEALSHAKES" hahahaa... dia kata kalau humaira dah besar tiba2 ada cela di kulitnya bolehlah ambil avacado dan makan. Juga buat masker. Menarik...boleh cuba nih♡

Akhir sekali dia pesan, tak yah la makan fast food. Sememangnya sangat tidak bagus untuk kesihatan. Jangan ajar anak makan fast food. Kalau teringin sangat pon setahun sekali pergilah makan.

Mat salleh pulak pesan dekat kita jangan makan. Maknanya diorang pon tak makan fast food yang diorang cipta tu! So kita ni moh leh back to basic. Makan makanan ruji kita lah.. rebus2, ulam2, less sugar and less oil.

Paling penting ibu-ibu yang menyusukan anak. Amalkanlah makan makanan seimbang. Kalau rasa-rasa tak mampu makan bayam 5kg sehari haaa minum je Mealshakes macam noha ni.

Oooppss terpromote lah pulakπŸ˜„... tapi memang benar. Noha dengan jadual padat setiap hari sangat lah tak mampu nak control dan mencari vitamin setiap hari melalui raw food.

Segelas ESP + MEALSHAKES setiap hari baaaanyak membantu noha bekalkan nutrisi dekat BADAN SENDIRI dan juga humaira.

Hello, badan kita pon kena dapat khasiat okey. Kalau kita tak jaga siapa nak jaga kita bila sakit? Kalau kita sakit, bukan kita je susah...anak2 dan orang sekeliling pon susah tau.

Okeylah. Itu saja sharing for today.

Pokok pangkalnya JOM SEBARKAN KEBAIKAN BREASTFEEDING PADA SEMUA!!!!

Jadikan BREASTFEESING kewajipan bagi semua ibu2 diseluruh dunia!

By the way, its SUNNAH♡♡♡

BUAT DAPAT PAHALA♡

HAPPY BREASTFEEDING ALL πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ˜™




Love,
♤Nohachantek yang masih berusaha untuk jadi chantek luar dan dalam♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...