Wednesday, September 24, 2014

Lipatgandakan amalan di 10 hari Zulhijjah

Assalamualaikum semua♡

Hehehe... harini awal betul noha buat menulis. Maklumlah bangun pukul 3pagi siapkan bahan2 untuk memasak!

Niat dihati nak sahur mee goreng, lepas dah siapkan semua bahan2 tiba-tiba hati ini tergerak nak tengok kalender Islam.

Allahurobbi! Rupa-rupanya 1 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat! 

Hahaha...terus sangkut balik kuali, simpan semua bahan2 memasak dalam peti semula!

Alkisah...bermula semangat berkobar2 nak puasa ni bila abang ipar whatsapp  dekat group keluarga bagitau kelebihan 10hari terawal Dzulhijjah ni... ini adalah antara isi kandungan mesej tu:

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Apabila masuk 1 Zulhijah Rasulullah menyarankan kepada kita supaya tidak mengerat kuku, tidak menggunting rambut atau mencukur bulu ari-ari. 

Perlakuan ini diibaratkan seolah sama dengan para hujaj yang berada di Tanah Suci sebelum mereka berwukuf. 

Setelah kita menyempurnakan ibadah sembelih binatang Qorban baru lah kita disunatkan mengerat kuku, menggunting rambut dan mencukur bulu ari-ari. 

Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama dan masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang mampu seharusnyalah mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada sahabat-sahabat baginda untuk berbuat demikian.

Sabda Rasulullah SAW 

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.
Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Lepas dah baca mesej ni terus noha google cari lagi kebaikan-kebaikan amalan 10 hari terawal bulan Dzulhijjah ni dan berikut adalah maklumat yang noha dapat dari hasil google:

1. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yg bermaksud :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?”. Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. 

2. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda maksudnya : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

3. Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir RA bahawa Baginda SAW bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA. 

Pertama 
Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi SAW : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. 


Kedua Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah. 
Dari Abu Sa’id al Khudri RA berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (Muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. 


Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Lazimnya kita memahami zikir-zikir ini disebut pada hari-hari raya sahaja, tetapi dalam hadis ini menunjukkan kita disarankan untuk membanyakkannya pada 10 hari pertama.
Imam Al Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu,
“[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.
Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik. 


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Baginda Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (Muttafaq ‘alaihi). 


Kelima Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pahalanya pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid). 


Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang raya mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah. 


Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 




Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”,
Dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya. 


Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.

Kesimpulan:
Kita disunatkan berpuasa selama 9 hari dari 1 hingga 9 Zulhijjah, jika tidak mampu puasalah berapa hari yg mampu, atau paling kurang pada hari ke 9. Jika tidak mampu melakukan semua, janganlah tinggalkan semua. Begitu juga amalan-amalan lain yang disebut di atas.
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
Haaaaa....banyakkan amalan-amalan yang kita boleh buat? Kalau tak boleh puasa, kita boleh banyakkan zikir.

Dalam pada itu juga, 10 hari terawal bulan Zulhijjah ni sebenarnya ada banyak peristiwa-peristiwa penting. 

Hari Pertama Zulhijjah
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

Hari Kedua Zulhijah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah
Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.


Hari Keenam Zulhijah
Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah
Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah
Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah
Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”

Hari Kesepuluh Zulhijah 
Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya”.



Wallahu'alam..

Semuga dapat kita manfaatkan masa dan cuba buat yang terbaik untuk mencari bekalan di akhirat nanti...

Akhir sekali pesanan buat semua dan diri niha sendiri, kalau tak dapat buat semua jangan pula kita tinggalkan semua.. nauzubillah

Assalamualaikum

Sunday, September 21, 2014

KAMI NAK PERGI KEMBOJA DAAAAH!!!!!! ♡

hehehee.. tajuk entry macam nak pergi kemboja harini je kan? Saja buat suspen supaya kawan2 cepat2 sertai program kemboja kami♡

Siapa kami??



Kami merujuk kepada MABIQ

MABIQ bermaksud Maahad Bahasa dan Ilmu alQuran.

MABIQ, iaitu sekolah untuk anak yatim dan fakir miskin ini ditubuhkan oleh Ustaz Jamaluddin dan isterinya Ustazah Umee.

Apabila bimbang sekiranya satu hari nanti tiada lagi penderma mahu menderma untuk menanggung anak-anak Mabiq, MABIQ telah mengambil keputusan membuka sebuah restoran. Syukur Alhamdulillah sambutan terhadap restoran Mabiq yang menjual makanan tradisi orang Pahang mendapat sambutan yang amat menggalakknan.

Okey done pasal restoren Mabiq. Sekarang kita sambung bercerita pasal ibadah Qurban pula😣💗😄

Alhamdulillah...setiap tahun MABIQ akan buka tawaran ibadah Korban & Aqiqah di kemboja. Pada tahun lepas sahaja kami telah terbang bersama 22orang pelajar tahfiz kami untuk pergi menunaikan kewajipan dan amanah orang ramai untuk menyembelih 60ekor lembu.

InshaaAllah sekali lagi, pada 1hb September 2014 noha, suami, tenaga pengajar Mabiq dan pelajar Mabiq akan menerbangkan diri ke kemboja untuk melaksanakan ibadah QURBAN dan AQIQAH.

Ada yang bertanya, kenapa di Kemboja? Kenapa tidak di Malaysia je?

Haaa...jawapan pertama. Di kemboja harga lembunya murah jika dibandingkan dengan Korban di Malaysia. Kalau dekat Malaysia mana nak dapat rm298 untuk satu bahagian dah. Sekarang konfem2 rm400++ untuk satu bahagian.

Jawapan kedua pula, tujuan buat di kemboja adalah untuk menolong orang islam di sana. Allahurobbi...dhaif sangat mereka. Rumah macam kotak. Hanya dinding dan bumbung. Lantai tiada, masuk rumah boleh pakai selipar sebab dalam berlantaikan pasir.

Pulak tu, setahun sekali je lah mereka merasa makan daging. Time kami buat korban ni je lah. Waktu-waktu lain memang mereka TIDAK MAMPU untuk membeli daging.

Anak-anak dekat sana pon sangat menyedihkan. Kalau sorang pakai baju, sorang lagi pakai seluar saja. Jarang sangat nak tengok kanak-kanak yang pakai lengkap baju dan seluar.

Amat jauh perbezaannya dengan cara hidup kita di Malaysia ni. Kawasan kemboja yang kami pergi ni, Ochalong, keadaanya umpama Malaysia 50tahun dahulu.

Kemana saja kita pergi mesti mereka akan mengokori... anak mata mereka akan asyik tertumpu je dekat kita. Setiap geri kita akan mereka perhatikan.

Haaaa...kalau nak masuk tandas tu memang tak selesalah... hehehe. Dah la tandas dekat luar rumah, jauh pulak tu. Dinding pon ada lubang-lubang...hahahah kalai nak melepaskan hajat memang fikir 50kali lah. Rasa macam orang luar nampak kita buat apa sebab memang kita boleh nampak mereka dari celah-celah papan tandas tu.😄!

Itulah serba sedikit JAWAPAN kenapa kami memilih untuk membuat Korban di KEMBOJA.

Oh ya, tempat yang kami hendak pergi ni jauh di pendalaman. Kalau dari Phnom Penh ke kampung Ochalong ni seharian perjalanan baru boleh sampai.

Buat masa ni kami telah mendapat penyertaan untuk 25 ekor lembu.

Kami mencari lagi penyertaan Korban untuk mencukupkan 50 ekor lembu untuk disembelih di sana.

Sekiranya kawan2 sudah Korban di kampung masing2, boleh lah war-war kan banner kami ni kepada rakan2 ya.

Kalau nak maklumat lanjut boleh buka link fb https://www.facebook.com/mabiq.kuantan?fref=ts

Sekiranya nak hubungi Ustazah Umee sendiri pon boleh. Ni nombor ustazah umee - 0169535699.

Okey, rasanya itu sahaja buat kali ni. Doakan semoga MABIQ dimurahkan rezeki dan mendapat tempahan Korban sampai 50 ekor ye. InshaaAllah ameeen ya robb.

Assalamualaikum♡






Wednesday, September 17, 2014

ADA PERUBAHAN DAN KEMAJUAN! ALHAMDULILLAH💗

HEheheheee.... senyum lebar noha harini♡

Alhamdulillah, harini Noha mencipta rekod tersendiri apabila berjaya masak untuk 17orang!

Haaaa.... bunyi macam hebat je kan? Kikikikiii....masak mee goreng je pon. Itu pon resepi suami tersayang yang ajar... tapi tulah, nak bagitau nya seumur hidup tak pernah lagi masak untuk orang seramai ni.

Selalunya yang jadi mangsa makan masakan noha adalah suamiku, syaqeer dan humaira je.... heheheee...

Alhamdulillah... sebanyak2 mee yang digoreng habis licin! Dua paket mee kuning, zaaap licin!

Tak taulah sebab diorang tengah lapar ke or mee goreng tu benar2 sedap, but waktu noha basuh pinggan dekat dapur dengar la mereka2 di luar memuji mee goreng hasil tanganku itu...hehhehee♡

But i tell u,feel noha macam lain macam je bila kena puji+tengok hasil masakan kita LICIN! Rasa macam nak kembang+bangga tapi dalam masa yang sama puas hati!

Baru tau, sangat best ye perasaan tukang masak... dapat jamu orang, orang suka apa yang kita masak... isshhkkk satu perasaan baru lah♡♡♡

Korang nak tengok rupa mee gorengnya???�

Minta maaf la ye... sebab laju sangat orang makan tak sempat noha nak ambil gambar! Kehkehkeh!

Next time bila noha masak lagi mee goreng akan ku ambil gambar dan ku kepilkan sekali resepinya ya♡

InshaaAllah...

Orite all... dah lewat sejam dari jadual tidur biasa.. tidur lewat nnt kulit jadi kusam...eeee xmo!

Selamat malam semua... Assalamualaikum. Jumpa laaaaaaagi♡




Ikhlas,
Noha-yang dulunya sangat liat nak ke dapur sekarang dah mula berjinak2 dengan buku resepi♡


Saturday, September 13, 2014

ANDAI DAKU TINGGAL SENDIRIAN

Teringat detik-detik cemas waktu husben food poisoning 4hari lepas..

Habis kelas Prudential dekat pukul 5petang haritu...dah lah kelas dari pagi, memang husbenlah yang tolong jaga anak-anak dekat Mabiq.

Sampai-sampai Mabiq je husben mengadu sakit perut. Lepas 3kali pegi toilet husben ajak balik rumah.

Sepanjang perjalanan balik rumah, husben mengadu perut memulas-mulas. Badan pun macam dah lemah.

Sampai rumah je ke tandas lagi. Selang 5 min masuk tandas.Pegi tandas lebih 10kali... muka pucat sangat...nak pengsan dah... cepat2 bawa pegi spital...

Syaqeer pula demam...mummy pegi kl.. terpaksa angkut anak2 pegi hospital sekali...

Malam tu bancuh susu syaqeer letak mealshake dan vit C sebiji. Sambil tu doa supaya syaqeer sembuh demam...

Waktu tu baru tau macamana perasaan single mom.. ya Allah tabahnya lah mereka.. melayan anak2 tanpa suami disisi..

Mulalah dalam kepala ni fikir macam2.. macamana kalau suami xde, macamana kalau ni lah kali terakhir jumpa... 1jam husben dalam bilik doktor umpama 10jam menunggu.. macam2 bermain di fikiran...

Waktu tu berdoa je moga Allah mudahkan segalanya... jangan la ambil lagi suami kesayanganku...sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah😢

Malam tu kami 3 beranak tidur di dalam kereta... bila husben dah check in bilik baru noha bawak anak2 tidur di Mabiq pantai sepat.

Esok pagi2 bangun Alhamdulillah demam syaqeer dah kebah.. syukur ya Allah.. terus kejut anak2 pergi hospital tengok papa mereka.


Sedih tengok keadaan husben... tangan kena masuk air, muka pula masih pucat. 

Terus noha bancuhkan air performance drink bagi husben minum... dalam hati tak putus2 berdoa supaya husben cepat sihat.



Bila dah sakit ni, makan makan apa pon tak lalu... bukan setakat tak lalu, masuk makanan sikit je husben terus mengadu sakit perut.

Nasib baik duduk hospital swasta, boleh angkut semua anak2 teman husben. Kalau boleh setiap waktu nak berada disisi suami. Taknak 1 saat pon berjauhan. 

Nilah orang cakap, bila berlaku dekat orang lain kita tak rasa. Bila dah kena dekat diri sendiri barulah kita tau susahnya keadaan mereka...

Bila doc datang check doktor bagitau keadaan suami tak serius. Kena minum air masak banyak2 dan bagus sangat kalau minum air performance drink tu sebab dia macam air garam. Tambahan bagi tenaga pula.

Alhamdulillah syukurrrrr sangat. Lega rasa hati bila dengar penjelasan doktor.

Syaqeer siap ambil botol air dia terus bagi dekat papa! Hahahaa. Dia kata "pa minum air ye.. banyak2!"

Sejak keluar hospital Alhamdulillah husben makin rajin makan suppliment. Walaupun dia minta vit C dam oste je, alhamdulillah dah cukup berharga bagi noha.

Terus terang noha katakan, walaupun diri ini luaran nampak gagah, boleh angkat air mineral berkotak2, namun daku tidak sanggup hidup sendirian tanpa suami.. daku tidak sekuat itu lagi buat masa ini..

Semuga Allah panjangkan umur suamiku dan sihatkan tubuh badannya sampai tua. Daku benar2 menyayangi suamiku♡😢


Saturday, September 6, 2014

GELAGAT SYAQEER DAN HUMAIRA

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Selama ni noha ingat noha lah orang paling gumbira bila abang Gdex hantar barang...


Rupa-rupanya syaqeer dan humaira lagi excited dari mama dia! Hahahaha...

Paling ketara semalam... bila barang2 shaklee sampai noha pon bukaklah kotak macam biasa.

Belum habis keluarkan barang lagi humaira dah melompat dalam kotak shaklee tu!



Korek punya korek ada lagi 7 botol GLA bawah humaira...hahhaha😄

Tapi humaira macam biasa...muka selamber je😡

Ingatkan sampai situ je idea mereka dua beradik ni. Rupa-rupanya mereka ada projek besar malam tu...

Lepas noha masak2 dengar la suara syaqeer dodoi2 adik dia...

Mandi, baby ya mandi... abang enke mandikan baby ya...

Sekali bila noha intai rupa-rupanya kotak shaklee dah jadi bath tub daaa...😂




Yang paling kelakar tu..tiba2 syaqeer pon masuk sekali dalam kotak sempit tu! Terliur nak main bubbles sekali la tu..hehehhee

Bila keadaan dah makin genting, kotak makin sempit, humaira pon mengamuklah...

Heheheee...bila mama muncul dua2 senyap tambah terkezut. Takut kena marah letteww...nasib baik mood mama baik makan bcomplex✌

Esok barang shaklee sampai kita tengok apa pulak gelagat prince and princess mama ni.

Lepas ni tak yah beli toys mahal2 dah.. padan korang berdua main kotak shaklee mama je lah..

Nampak tak sel-sel otak tengah berhubung? Haruslah, sebab makan omega, mealshakes dan chew C hari2💖


♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ 



Thursday, September 4, 2014

Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum akak chantek semua😍

Harini noha terlebih excited! Hehehee...

Nak tau kenapa noha excited? Harini noha nak beli Mealshakes Shaklee promosi!!! Bagi korang memang lah macam biasa2 aje... but not for me okey😜

Dalam sejarah sejak shaklee bertapak di Malaysia ni, tak pernah lagi harga Mealshakes Shaklee semurah ni.

Seingat noha, promosi Mealshakes Shaklee yang lepas beli 6 baru dapat percuma 1. Bulan beli 3 je dah dapat percuma 1!!!! Bermakna kalau beli 6 dapat percuma 2 lah!!!😨😱😱😱 waaaaa!!!!

Hahaha...kan dah menjerit sorang2 dekat rumah ni..nasib baik syaqeer dan humaira tengah main dekat luar kalau tak mesti diorang ingat mama ni gila..hahahah�

Haaa...nilah rupa mealshakes shaklee yang jadi kegemaran Humaira💗👇



Kenapa noha nak beli sampai 6? Mesti korang pelik kan? Orang lain shopping baju tapi noha shopping multivitamin😜 kalau beli 6 percuma 2!!! Jimat berganda2!!!

Kalau ada kawan2 yang anak2 selalu diserang ashtma or batuk or selsema macam syaqeer dan humaira ni, korang pon mesti beli Mealshakes shaklee macam noha jugak! PERCAYALAH!

KISAHNYA dulu humaira dan syaqeer ni selalu sakit. Nak nak lagi syaqeer tu, setiap bulan mesti kena pegi klinik ambik nab (sedut oksigen). Kadang2 sebab astma dan kadang2 sebab batuk teruk sangat.

Alhamdulillah, bulan ni genap setahun noha bagi syaqeer minum Mealshakes Shaklee. Banyaaaak sangat perubahan dekat kesihatan dia. Lepas tu no more picky eater. Selera makan dia maintain je. Apa noha masak tu lah dia makan.


Korang nampak tak? Biskut kering cicah air pon syaqeer selera makan..hehehe.

Sekarang humaira pon dah join abang syaqeer dia minum Mealshakes Shaklee. Humaira sepenuhnya breastfeeding. Jadi noha bagi humaira dalam gelas je lah mealshakes shaklee ni.



BEZANYA humaira suka, i mean betul2 suka dan jatuh cinta dengan Mealshakes Shaklee ni. Bancuh saja dan bagi minum pon humaira suka. Syaqeer pula tak nak minum saja... noha kena masukkan dalam susu syaqeer setiap pagi.

Selain daripada tu ada juga pelbagai cara lain untuk bagi syaqeer minum mealshake shaklee ni. Kadang2 noha buat Aiskrim Mealshakes. Kadang2 noha buat ice blended Mealshakes dan kadang2 noha taburkan je dekat nasi dia.. hahaha.. 

Hehehe...nampak tak? Noha usahakan apa sahaja cara asalkan anak2 dapat nutrisi secukupnya dan tidak kerap sakit lagi seperti dulu...

Okey... noha nak shopping sekarang. Kena oder sebelum pukul 3 dekat shaklee2u.. click2 sahaja inshaaAllah esok sampailah dekat rumah😍

Jimat minyak, jimat masa dan jimat mileage kereta! Hehehee...

Selamat bershopping semua😎



♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Noha 0169685857
♡surirumah luarbiasa
♡ nak ready stock suppliment shaklee area Kuantan? Contact noha ye💗


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...