Sunday, September 21, 2014

KAMI NAK PERGI KEMBOJA DAAAAH!!!!!! ♡

hehehee.. tajuk entry macam nak pergi kemboja harini je kan? Saja buat suspen supaya kawan2 cepat2 sertai program kemboja kami♡

Siapa kami??



Kami merujuk kepada MABIQ

MABIQ bermaksud Maahad Bahasa dan Ilmu alQuran.

MABIQ, iaitu sekolah untuk anak yatim dan fakir miskin ini ditubuhkan oleh Ustaz Jamaluddin dan isterinya Ustazah Umee.

Apabila bimbang sekiranya satu hari nanti tiada lagi penderma mahu menderma untuk menanggung anak-anak Mabiq, MABIQ telah mengambil keputusan membuka sebuah restoran. Syukur Alhamdulillah sambutan terhadap restoran Mabiq yang menjual makanan tradisi orang Pahang mendapat sambutan yang amat menggalakknan.

Okey done pasal restoren Mabiq. Sekarang kita sambung bercerita pasal ibadah Qurban pula😣💗😄

Alhamdulillah...setiap tahun MABIQ akan buka tawaran ibadah Korban & Aqiqah di kemboja. Pada tahun lepas sahaja kami telah terbang bersama 22orang pelajar tahfiz kami untuk pergi menunaikan kewajipan dan amanah orang ramai untuk menyembelih 60ekor lembu.

InshaaAllah sekali lagi, pada 1hb September 2014 noha, suami, tenaga pengajar Mabiq dan pelajar Mabiq akan menerbangkan diri ke kemboja untuk melaksanakan ibadah QURBAN dan AQIQAH.

Ada yang bertanya, kenapa di Kemboja? Kenapa tidak di Malaysia je?

Haaa...jawapan pertama. Di kemboja harga lembunya murah jika dibandingkan dengan Korban di Malaysia. Kalau dekat Malaysia mana nak dapat rm298 untuk satu bahagian dah. Sekarang konfem2 rm400++ untuk satu bahagian.

Jawapan kedua pula, tujuan buat di kemboja adalah untuk menolong orang islam di sana. Allahurobbi...dhaif sangat mereka. Rumah macam kotak. Hanya dinding dan bumbung. Lantai tiada, masuk rumah boleh pakai selipar sebab dalam berlantaikan pasir.

Pulak tu, setahun sekali je lah mereka merasa makan daging. Time kami buat korban ni je lah. Waktu-waktu lain memang mereka TIDAK MAMPU untuk membeli daging.

Anak-anak dekat sana pon sangat menyedihkan. Kalau sorang pakai baju, sorang lagi pakai seluar saja. Jarang sangat nak tengok kanak-kanak yang pakai lengkap baju dan seluar.

Amat jauh perbezaannya dengan cara hidup kita di Malaysia ni. Kawasan kemboja yang kami pergi ni, Ochalong, keadaanya umpama Malaysia 50tahun dahulu.

Kemana saja kita pergi mesti mereka akan mengokori... anak mata mereka akan asyik tertumpu je dekat kita. Setiap geri kita akan mereka perhatikan.

Haaaa...kalau nak masuk tandas tu memang tak selesalah... hehehe. Dah la tandas dekat luar rumah, jauh pulak tu. Dinding pon ada lubang-lubang...hahahah kalai nak melepaskan hajat memang fikir 50kali lah. Rasa macam orang luar nampak kita buat apa sebab memang kita boleh nampak mereka dari celah-celah papan tandas tu.😄!

Itulah serba sedikit JAWAPAN kenapa kami memilih untuk membuat Korban di KEMBOJA.

Oh ya, tempat yang kami hendak pergi ni jauh di pendalaman. Kalau dari Phnom Penh ke kampung Ochalong ni seharian perjalanan baru boleh sampai.

Buat masa ni kami telah mendapat penyertaan untuk 25 ekor lembu.

Kami mencari lagi penyertaan Korban untuk mencukupkan 50 ekor lembu untuk disembelih di sana.

Sekiranya kawan2 sudah Korban di kampung masing2, boleh lah war-war kan banner kami ni kepada rakan2 ya.

Kalau nak maklumat lanjut boleh buka link fb https://www.facebook.com/mabiq.kuantan?fref=ts

Sekiranya nak hubungi Ustazah Umee sendiri pon boleh. Ni nombor ustazah umee - 0169535699.

Okey, rasanya itu sahaja buat kali ni. Doakan semoga MABIQ dimurahkan rezeki dan mendapat tempahan Korban sampai 50 ekor ye. InshaaAllah ameeen ya robb.

Assalamualaikum♡






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...