Friday, January 23, 2015

Cikgu Razali Bidin




Noha: abang!!! Cikgu sayang!!!!! Cikgu!!!!

Hampa...teriakan di dalam kereta. Hanya memekakkan telinga suami dan anak2.

Suami: takpe, kita tunggu je dekat sini sampai cikgu keluar semula..

Hampir sejam lepas tu.....

Suami: sayang! Cikgu sayang!!! Cikgu!!!!

Terus suami bergegas keluar mengangkat tangan kepada cikgu kesayanganku dan cikgu membalasnya dengan senyuman mesra.

Bila daku keluar dari kereta barulah cikgu bersuara..

Cikgu razali: Umee!!! Maaf tadi cikgu tak kenal suami tu yang senyun je. Kalau umee memang saya kenal lah anak murid saya.

Subhaanallah...tiada ungkapan yang lebih indah. Cikgu masih mengenaliku♡♡♡♡♡♡

Rasa macam berada di awangan. Tak percaya berjumpa dengan cikgu yang sangat banyak berjasa.

Dua tiga kali kuungkapkan "gembiranya saya jumpa cikgu"...

Bergenang air mata saat cikgu memeluk erat suamiku sebelum pulang.

Terima Kasih cikgu... terima kasih ♡

Saturday, January 17, 2015

Reward Anak



Assalamualaikum♡

Siapa yang suka pegi pantai???

Keluarga noha semua suka ke pantai♡

Lagi-lagi pekena air kelapa tepi pantai...ooouuuhhh nikmatnya♡

Selama seminggu inilah aktiviti kami setiap kali ambil syaqeer dari sekolah♡

Reward kepada syaqeer sebab berani dan semangat pergi sekolah♡

Semalam papa tak sempat bawa minum air kelapa sebab berkejar solat Jumaat, jadi kami gantikan dengan harini..



Minggu depan nak ubah jadual lain pula...

Apa yang anda suka buat dengan anak anda???
Boleh bagi idea dekat noha♡♡♡
Love,
Noha
(Always want to be better mom)

Monday, January 12, 2015

PENGALAMAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH



Assalamualaikum...♡♡♡

Harini ni noha nak berceloteh tentang pengalaman noha menghantar syaqeer ke sekolah.

Hari pertama hantar memang indah. Takde bunyi langsung kata-kata negatif dari syaqeer. Syaqeer pon excited nak pergi sekolah sebab noha dah brainwash dia tentang kebaikan pegi sekolah, dan macam-macam perkara-perjara yang baik bila bersekolah.

Masuk hari kedua....allahurobbi... hehehe
Sebelum naik kereta syaqeer dah minta untuk tukar sekolah lain. Jadi noha pon bawalah syaqeer pergi ke Pasti yang berdekatan dengan rumah.

Sampai di Pasti, bila nak masuk jumpa cikgu je terus syaqeer bagitau "Mama, syaqeer nak berak la". Ah sudah!!!

Terus noha pujuk untuk tumpang berak tandas Pasti baru...

"No! Syaqeer tak suka. Syaqeer nak berak dekat rumah jugak..."

Hahahhaaaa....demand sungguh jejaka idaman malaya ni😁

Noha pon layankan aja bawa balik semula rumah.

Selepas dia melepaskan hajat, terus dia bagitau..
"Mama, syaqeer nak sekolah semalam lah. Sekolah padang. Cikgu dia cantik"

Sekali lagi mama gelak besarπŸ˜‚πŸ˜„πŸ˜„
Selesai hantar nenek pergi meeting, terus mama menuju ke sekolah syaqeer ditemani humaira.

Sampai disekolah, syaqeer pon salam dan mama pon sajelah nak tunggu di luar ekoran tinggal 2 jam je lagi sebelum kelas tamat.
Tiba-tiba....

"Waaaaaa!!! Saya nak mama saya!!! Syaqeer nak mama!!! Mama ambillah syaqeer!!!"
Allah...terus noha meluru ke dalam kelas. Tak sampai hati tengok 3 orang cikgu terpaksa abaikan student lain untuk menenangkan syaqeer yg berguling-guling di hadapan pin kelas.

Akhirnya cikgu mengalah dan memanggil noha ke dalam.

Dan bermulalah pengalaman baru noha sebagai cikgu tambahan di dalam kelas syaqeer!
Tak pasal-pasal humaira pon masuk kelas sama dan dapat makan percuma bersama pelajar-pelajar lain!πŸ˜‚πŸ˜…

Moral of the story?

Tak perlu gatal-gatal nak tunggu luar kelas anak ye... lepas hantar sekolah terus balik😜
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...