Monday, January 12, 2015

PENGALAMAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH



Assalamualaikum...♡♡♡

Harini ni noha nak berceloteh tentang pengalaman noha menghantar syaqeer ke sekolah.

Hari pertama hantar memang indah. Takde bunyi langsung kata-kata negatif dari syaqeer. Syaqeer pon excited nak pergi sekolah sebab noha dah brainwash dia tentang kebaikan pegi sekolah, dan macam-macam perkara-perjara yang baik bila bersekolah.

Masuk hari kedua....allahurobbi... hehehe
Sebelum naik kereta syaqeer dah minta untuk tukar sekolah lain. Jadi noha pon bawalah syaqeer pergi ke Pasti yang berdekatan dengan rumah.

Sampai di Pasti, bila nak masuk jumpa cikgu je terus syaqeer bagitau "Mama, syaqeer nak berak la". Ah sudah!!!

Terus noha pujuk untuk tumpang berak tandas Pasti baru...

"No! Syaqeer tak suka. Syaqeer nak berak dekat rumah jugak..."

Hahahhaaaa....demand sungguh jejaka idaman malaya ni😁

Noha pon layankan aja bawa balik semula rumah.

Selepas dia melepaskan hajat, terus dia bagitau..
"Mama, syaqeer nak sekolah semalam lah. Sekolah padang. Cikgu dia cantik"

Sekali lagi mama gelak besarπŸ˜‚πŸ˜„πŸ˜„
Selesai hantar nenek pergi meeting, terus mama menuju ke sekolah syaqeer ditemani humaira.

Sampai disekolah, syaqeer pon salam dan mama pon sajelah nak tunggu di luar ekoran tinggal 2 jam je lagi sebelum kelas tamat.
Tiba-tiba....

"Waaaaaa!!! Saya nak mama saya!!! Syaqeer nak mama!!! Mama ambillah syaqeer!!!"
Allah...terus noha meluru ke dalam kelas. Tak sampai hati tengok 3 orang cikgu terpaksa abaikan student lain untuk menenangkan syaqeer yg berguling-guling di hadapan pin kelas.

Akhirnya cikgu mengalah dan memanggil noha ke dalam.

Dan bermulalah pengalaman baru noha sebagai cikgu tambahan di dalam kelas syaqeer!
Tak pasal-pasal humaira pon masuk kelas sama dan dapat makan percuma bersama pelajar-pelajar lain!πŸ˜‚πŸ˜…

Moral of the story?

Tak perlu gatal-gatal nak tunggu luar kelas anak ye... lepas hantar sekolah terus balik😜

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...